Tidak Menerima Sebarang Permohonan Maaf, Siti Nordiana Teruskan Tind4kan S4man

Penyanyi Siti Nordiana, 36, memaklumkan akan meneruskan tindakan saman terhadap lima individu yang didakwa memfitnah dirinya selepas mereka gagal membuat permohonan maaf secara terbuka seperti dituntut sehingga jam 5.30 petang, semalam.

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana berkata tindakan undang-undang itu diambil bertujuan untuk membersihkan nama dan imejnya yang sudah tercalar.

“Atas nasihat peguam, Nana telah membuat 1 laporan polis berbentuk penafian di IPD Cheras pada 23/7/2021 dan seterusnya membuat kenyataan media bagi menjelaskan perkara sebenar pada umum.

“Selanjutnya atas nasihat peguam, saya juga telah mengarahkan peguam untuk menghantar Notis Tuntutan Permohonan Maaf kepada kelima-lima individu tersebut pada 26/7/2021 yang antara lain menuntut permohonan maaf di dalam tempoh 24 jam.

“Memandangkan tiada permohonan maaf setelah tamatnya tempoh 24 jam tersebut, saya telah mengarahkan peguam untuk meneruskan dengan tindakan saman terhadap kelima-lima individu tersebut yang akan difailkan selewat-lewatnya pada Isnin depan (2/8/2021).

“Saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama dan imej saya yang telah dicalarkan oleh kenyataan-kenyatan sedemikian sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat daripada siaran Instagram Live tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan.

BACA: Isu ‘Membawang’ Di IG Live & Dakwaan Memfitnah Siti Nordiana: Syura, Lan Solo Serahkan Kepada Peguam

Sementara itu peguam dilantik Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin menyifatkan tindakan saman oleh anak guamnya undang-undang ke atas lima individu terbabit pada sesi siaran langsung di Instagram, baru-baru ini adalah wajar.

Katanya, tindakan tersebut adalah untuk membersihkan nama Siti Nordiana daripada dakwaan berunsur fitnah yang jelas boleh menjejaskan maruah dan reputasi kerjaya seninya.

“Selepas tempoh 24 jam tiada permohonan maaf dibuat. Bagi saya memang wajar untuk kes dibawa ke mahkamah,” ujarnya.

Bagi menjalankan tindakan undang-undang diambilnya, Siti Nordiana melantik firma guaman dari Tetuan Abang Azlan & Associates yang diwakili peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin.

Terdahulu, nama Nana telah disebut-sebut dalam satu sesi siaran langsung dalam Instagram yang disertai oleh penyanyi, Lan Solo bersama isterinya, Shiela, Syura, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu.

Dalam sesi siaran langsung tersebut, Shiela meluahkan rasa tidak puas hati dan terkilan apabila suaminya, Lan Solo dikatakan menumpang populariti Siti Nordiana.

Sheila memaklumkan dia dan suami tidak lagi mengikuti Siti Nordiana di Instagram kerana terkejut apabila mendapat tahu (daripada pihak lain) penyanyi tersebut mendakwa Lan mahu menumpang populariti dan tidak membayar duit makanan sekiranya mereka keluar bersama.

Selain itu kelima-lima mereka turut meluahkan perasaan yang terpendam selama ini terhadap Nana selain Syura yang kecewa apabila sesetengah pihak produksi enggan menawarkan pekerjaan didakwa berpunca daripada Nana.

Sesi siaran langsung tersebut ditonton hampir 500 orang pengguna laman sosial tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Tidak Menerima Sebarang Permohonan Maaf, Siti Nordiana Teruskan Tind4kan S4man"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*