Cerita A1b Dan Video Sep4ruh Bgel Terseb4r, Shuk Sahar Ambil Tind4kan

Semalam kecoh apabila sepotong video yang menyerupai pelawak dan pengacara sensasi, Shuk Sahar, dalam keadaan separvh bgel di dalam sebuah bilik hotel yang didedahkan seorang wanita dipercayai ‘kekasih gelapnya’ tersebar.

Shuk, 36, bagaimanapun telah menafikan bahawa ia video baharu malah menganggap tindakan berani dibuat wanita terbabit sebagai satu promosi buat dirinya yang sekarang ini sudah kehilangan mata pencarian.

“Apa yang lepas biarkan berlalu. Jangan jadikan masa silam orang sebagai satu ugvtan. Balai P0lis lah cerita.

“Takkanlah video baharu, kami tengah keluar berdua ni (bersama isteri). Lagipun, badan sekarang tengah gemuk kan.

“Nak buat macam mana… Tengah-tengah tiada kerja, tiada duit, orang pula bvka a1b,” katanya menerusi beberapa hantaran di Instagram (IG) Story ketika menjawab persoalan yang ditanya sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera mengenai video tular berkenaan.

Terbaharu, Sera menerusi IG Story miliknya lagi mendedahkan dia dan suami telah mengambil tindakan dengan melaporkannya ke pihak polis serta bakal membawa perkara tersebut ke muka pengadilan bersama peguam belanya.

BACA: Farah Salleh Dedah Laporan Polis Seorang Wanita Didakwa Dicabul & Diraba Shuk Sahar
“Seperti yang semua mungkin dah tahu, sekarang tersebar banyak cerita tak best dan tohmahan sehingga mengancam keselamtan suami dan keluarga saya.

“Bagi saya, tindakan ni keterlaluan kami terpaksa ambil tidnakan…Saya tak nak komen apa-apa biar peguam dan pihak berkuasa yang akan siasat perkara ini,” tegasnya.

Sera yang ketika itu bersama peguamnya Haziq Subhi turut meminta beliau mengulas mengenai perkara tersebut.

“Kami dalam proses penilitian…Saya percaya anak guam saya telah dianiaya dan terdapat elemen berunsur fitnah,” jelasnya.

Januari lalu, tular di media sosial mengenai pergolakan semula rumah tangga Shuk apabila Sera membuat pendedahan terbuka di Instagram.

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik di media sosialnya ketika itu, Sera mendedahkan Shuk masih curang bersama wanita yang sama pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Bagaimanapun pada 8 Februari lalu, Shuk berjaya memujuk isterinya selepas meminta maaf dan membuat kejutan membawa rombongan meminang semula Sera ke kediaman mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Cerita A1b Dan Video Sep4ruh Bgel Terseb4r, Shuk Sahar Ambil Tind4kan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*