“Maafkan Mommy! T4k Sangka 14 Hari Maryam T4han L4par, H1sap Susu B4dan Kos0ng”

Ibu mana yang nak lihat anak yang dilahirkan sakit. Tapi pengalaman ini yang dilalui oleh seorang ibu yang pertama kali melahirkan anak. Bukan itu saja, pasangan suami isteri ini hampir kehilangan anak comel mereka.

Melalui apa yang dikongsikan Puan Nor Azierah, disebabkan bari pertama kali melahirkan anak dan selama dua minggu anaknya hanya hisap kosong saja susu badannya. Oleh kerana itu, berat anak makin merosot sehinggalah bayi memberi petanda yang membuatkannya berjuraian air mata. Syukur Allah masih panjangkan lagi umur Maryam Syafira.

Gambar masa Maryam sakit teruk umur 14hari. Last update nurse datang rumah check Maryam hari Jumaat, Maryam masa tu umur 10 hari. Nurse timbang berat dia 2.5kg. Masa tu momy mula rasa pelik sebab Maryam masa umur 6 hari pergi daftar dekat KK 2.63kg. Tapi di sebabkan nurse tak ada cakap apa-apa, momy ingat tu perkara biasa (walaupun dalam hati rasa macam tak sedap).

Lagipun masa discharged hospital berat Maryam, nurse sana rekod 2.5kg..sedangkan hari kedua maryam lahir momy ada tanya doktor anak saya berapa kg, doktor jawab 2.5kg.

Masa discharge momy rasa pelik kenapa dah 5 hari lahir berat tak berubah. Inikan anak first, so momy kurang alert sikit, ingatkan itu normal.

Menangis tak berhenti

Bila Maryam tiba-tiba jatuh sakit, pagi tu dia tak nak menyusu. Menangis tak berhenti dan tak bernafas sekejap. Lepas tu sambung menangis balik. Momy betul-betul buntu masa tu. Call cik abe minta suruh balik kerja. Tengah hari dia sampai dan pergi rujuk klinik yang berdekatan.

Sampai dekat sana nurse check suhu badan Maryam tinggi. Terus bawa masuk Maryam jumpa doktor. Doktor terkejut tengok warna kulit badan Maryam. Masa tu dah pucat biru. Bila doktor buka baju Maryam, dia lagi jadi terkejut tengok dekat dada Maryam tenggelam dan itu bukan perkara yang normal. Terus doktor pakaikan wayar oksigen.

Seriusly demi Allah momy dan papa langsung tak perasan dengan perubahan badan Maryam. Di mata momy dan papa Maryam nampak macam ok. Tapi lepas papa snap gambar Maryam masa tu lah baru kami nampak rupa Maryam yang sebenar.. astarfirallah al azim. Mungkin syaitan mengaburi mata momy dan papa, maafkan momy Maryam. Kemudian terus emergency naik ambulance.

Berat Maryam turun mendadak

Sampai kat sana doktor mula syak sesuatu bila doktor tanya berapa berat Maryam masa lahir. Momy jawab 2.5kg. Tapi doktor tetap tak puas hati sebab berat baru timbang 2kg dan tengok gambar Maryam masa baru lahir gemuk, tak akan turun 500gm dengan keadaan Maryam dah terlalu kritikal. Bila doktor check dalam rekod rupa-rupanya berat lahir Maryam 3.045kg. Rupa-rupanya masa Maryam discharged dari hospital Maryam dah hilang berat 500gm. so total lost weight 1kg.

Masa tu doktor macam terkilan dengan kerja acuh tak acuh dari department tu. Sebab momy bagitahu doktor, lagipun Maryam sebelum ni aktif jer. Dia menyusu badan macam biasa, lama dia hisap lepas tu dia tidur. Kencing berak pun semua ok. Maryam baik sangat.

Masa dekat wad, momy pernah cakap kat nurse, susu saya macam tak ada baby asyik menangis jer. Tapi nurse cakap anak first memang macam tu. Tak apa teruskan bagi susu badan.

Masa tu momy memang kena brainwash. Wajib tetap bagi susu badan jer. Kita yang tak ada pengalaman ni, just ikut jerlah.

Maafkan momy Maryam

Sampai Tetiba Hari Ke-14 Maryam Tak Nak Menyusu Menangis No Stop. Sampaikan Momy Hampir Nak Meroyan Masa Tu, Lagipun Berpantang Seorang Diri. Rupa-Rupanya Maryam Selama Ni Menyusu Badan Momy Cuma Kosong, 14hari Maryam Menahan Lapar Dahaga Dan Maryam Anak Yang Sangat Baik. Hari Ke-14 Dah Sampai Limit Baru Maryam Bagi Tanda. Betapa Momy Betul-Betul Down Masa Tu, Rasa Bersalah Yang Amat Sangat. Doa Tak Pernah Putus Janganlah Diambil Nyawa Anakku.

Doktor sahkan Maryam dehydration dan terus emergency masuk NICU untuk selamatkan nyawa maryam. Ulang alik momy tiap-tiap hari datang tengok Maryam, memang sayu sangat hati masa tu. Dengan penuh wayar dan jarum kat badan Maryam..

Air mata no stop berlinangan, mengharapkan berita yang baik dari doktor. Masa tu memang momy banyak diamkan diri, tak bercakap dengan sesiapa pun. Emosi memang down sangat, cuma ada last baju yang Maryam pakai momy peluk cium buat teman sampai tertidur dengan air mata. Mak kat kampumg, saudara mara mula bertanya. Tapi papa yang tolong jawabkan semua.

Gambar masa Maryam umur 16 hari, masa tu hari ke-3 Maryam dekat NICU.
Hari ke-3 baru momy dapat pegang Maryam balik, Maryam dah makin stabil, lega sikit hati momy masa tu, walaupun kat kedua-dua tangan dan kaki Maryam masih bersambung dengan jarum drip. Alhamdulillah Maryam bagi respond yang positif. Berat Maryam dah naik balik. Jauh beza rupa dia masa first day kena tahan. Hari ke-4 Maryam dipindahkan ke wad SCN.

Lega hati momy bila doktor cakap Maryam dah lepasi tahap kritikal. Tapi masih dalam jagaan nurse sepenuhnya. Hari ke-7 momy datang melawat Maryam, petang tu doktor cakap dah boleh pindah wad kanak-kanak dan ibu kena jaga baby. Seminggu juga momy teman Maryam kat sana dengan full susu formula. Maryam discharged dengan berat 3kg. A

Alhamdulillah syukur sangat pada Allah masa tu dan banyak-banyak terima kasih pada doktor dan nurse yang dah merawat Maryam. Last sebelum balik, doktor pesan bagi jer susu formula kalau ibu tak ada susu dan ia bukan satu kesalahan.

Doktor juga nasihat pada orang bawahan dia jangan terlalu brainwash ibu-ibu untuk bagi susu ibu kalau betul ibu itu memang tak ada susu.

Gambar Maryam yang terkini, alhamdulillah Maryam makin sihat dan makin tembam. Semoga anak momy akan terus membesar dengan sihat. Pada ibu-ibu diluar sana yang tiada susu badan, janganlah jadi macam saya, nasib baik Maryam sempat diselamatkan. Semoga kisah saya menjadi iktibar pada ibu-ibu dan ini juga menjadi pengajaran buat diri saya sendiri yang hampir-hampir kehilangan permata hati momy dan papa, Maryam Syafira.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Nor Azierah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Maafkan Mommy! T4k Sangka 14 Hari Maryam T4han L4par, H1sap Susu B4dan Kos0ng”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*