Makin besar! Siti Nordiana Hantar Writ S4man Tuntut 5 Sekawan Bayar RM2.5 Juta Dan Mohon Maaf Di Media

KEMELUT antara Siti Nordiana dengan Lan Solo dan Syura memasuki episod baharu selepas peguam yang mewakili mereka iaitu Alan Razak mengesahkan lima anak guamnya menerima writ s4man dan pernyataan tuntutan daripada penyanyi lagu Angkara itu pada Isnin.

Menerusi tuntutan s4man tersebut, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates berkata, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

“Saya mengesahkan yang kesemua anak guam menerima writ s4man dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam (Isnin),” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Selain itu, Alan turut memberitahu Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi pernyataan tuntutan tersebut.

Siti Nordiana tuntut Lan, Syura dan tiga yang lain bayar RM500,000 setiap seorang.

“Selepas ini akan ada sesi pengurusan kes yang mana akan dijalankan secara virtual melibatkan saya dan peguam Siti Nordiana dengan pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini.

“Menerusi sesi e-review itu mahkamah akan minta status kes daripada peguam plaintif sebelum perbicaraan penuh ditetapkan.

Saya mengesahkan yang kesemua anak guam menerima writ s4man dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam (Isnin).PEGUAM MEWAKILI LAN SOLO, SYURA DAN TIGA INDIVIDU LAIN
“Melalui sesi itu juga, mahkamah akan minta peguam-peguam untuk explore kebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh,” katanya.

Sebelum ini, Siti Nordiana menuntut Lan, Syura, isteri Lan, Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Aida G untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.

Alan Razak sebelum ini pernah mewakili ramai selebriti antaranya Awal Ashaari.

Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan.

Untuk rekod, kontrovesi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Menerusi sesi tersebut, Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya, Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan.

Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas sehingga menyebabkan ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Makin besar! Siti Nordiana Hantar Writ S4man Tuntut 5 Sekawan Bayar RM2.5 Juta Dan Mohon Maaf Di Media"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*