“Pel1k Kerana Suami Asyik Mengid4m Dan Ker4p Beli Durian,” – Tahniah! Kaka Azraff H4mil Ank Kedua

Tahniah diucapkan buat penyanyi, Kaka Azraff yang memaklumkan dia kini sedang h4mil anak kedua sekaligus memohon doa ramai agar dipermudahkan segala urusan keh4milannya kali ini.

Menurut Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff,32, kandunganya kini berada dalam trimester pertama.

“Berbanding keh4milan pertama, alahan kali ini dikawal dengan lebih baik kerana saya rasa ia lebih kepada ‘mindset’. Cuma kali ini, saya kurang mengambil daging tetapi lebih suka makan ikan dan buah-buahan.

“Saya kini berada dalam fasa sering muntah, boleh dikatakan hampir setiap setengah jam pasti termuntah. Saya hanya boleh berfikiran positif saja kerana keadaan agak tidak menentu ketika ini,” katanya menerusi Wacana.

Berkongsi perkembangan keh4milannya juga, Kaka mendedahkan pada awalnya dia tidak mengetahui sedang berbadan dua, namun suaminya pula yang ‘idamkan’ durian.

“Mungkin juga dahulu saya tiada pengalaman, jadi susah hendak mengawalnya. Kebanyakan masa terbaring saja. Yang menariknya, saya tidak tahu saya h4mil, pelik kerana suami asyik mengidam dan kerap membeli durian.

“Berbeza dengan keh4milan pertama, saya mahu berkongsi kepada semua namun dalam bentuk sederhana. Lagipun negara sedang berdepan pandemik, saya tidak mahu melanggar sensitiviti mana-mana pihak,” katanya.

Kaka pada masa sama juga percaya kepada rezeki dan tidak memilih soal jantina anak yang bakal lahir.

Bagaimanapun, dia berdoa dirinya serta anak yang dikandung berada dalam keadaan baik.

“Masih terlalu awal untuk berbicara soal jantina. Apa yang penting saya dan juga kandungan baik-baik saja. Sudah ada seorang anak lelaki, jika dapat perempuan pun melengkapi keluarga kecil kami,” kata penyanyi yang baru sahaja muncul menerusi lagu Janji ku ini.

Sekadar info, Kaka mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Adam Azriff pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aslan yang dilahirkan pada Oktober 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Pel1k Kerana Suami Asyik Mengid4m Dan Ker4p Beli Durian,” – Tahniah! Kaka Azraff H4mil Ank Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*