“Ada Masa Dia T4k Dengar Ar4han..”Video Terbaharu Di Sebalik Tabir CTDK Cvri Perhatian

Sebelum ini, lagu ‘Comel Pipi Merah’ menjadi sebuah lagu trending pada tahun 2018 selepas penyanyi itu mengabadikan lagu ciptaan beliau untuk anak yang sedang dikandung, Siti Aafiyah.

Lagu ‘Anakanda’ ciptaan Siti sendiri dan lirik oleh Rozisangdewi merupakan sebuah lagu yang berunsurkan rentak inang dan dimuatkan di dalam album kanak-kanak klasik, Legasi yang telah pun dilancarkan pada 1 April lepas.

Album Legasi diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd dan edaran digital oleh Universal Music Malaysia.

Menurut Siti, beliau mencipta lagu ‘Anakanda’ ketika sedang mencari ilham sebuah lagu khas untuk anak yang keduanya.

Siti memilih rentak inang bagi menyesuaikan dengan konsep keseluruhan album lagu kanak-kanak klasik, Legasi. Lagu ini diterbitkan oleh Pown Hasril.

“Lagu Anakanda ini merupakan lagu paling akhir saya rakamkan untuk album Legasi. Apabila memutuskan untuk memasukkan lagu Comel Pipi Merah ke dalam album Legasi, saya terfikir untuk mencipta sebuah lagu khas dan baharu buat anak yang bakal lahir,” jelas Siti dalam satu kenyataan media.

Tambah beliau, “Anakanda menggambarkan harapan ibu bapa terhadap jati diri anak lelaki serta mahu menerapkan sisi bertanggungjawab terhadap orang sekeliling.

Video terbaharu di sebalik tabir penggambaran video muzik lagu Anakanda di saluran youtube Siti Nurhaliza.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


“Melagukan lirik yang positif, bermoral dan menerapkan asas yang baik juga membantu perkembangan minda anak-anak. Anakanda bukan sahaja bentuk harapan yang dilagukan oleh saya tetapi harapan setiap insan yang memiliki cahayamata,” kata Siti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


Siti dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

TEKS BY STAFF KL MENJERIT

Sumber:Instagram CTDK

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Be the first to comment on "“Ada Masa Dia T4k Dengar Ar4han..”Video Terbaharu Di Sebalik Tabir CTDK Cvri Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*