“Memang Muka Macam Ni, Saya Buat Natural Saja”Pelajar Ini Tenang Ditvduh Ac4h J4di MK K-Clique

SEKADAR menghasilkan video secara suka-suka, pelajar ini sama sekali tak menyangka namanya akan menjadi perhatian ramai.

Menurut Mohamad Hilmi Mohd Ishak, 22, dia membaca segala komen yang ditinggalkan dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Ia termasuklah segelintir komen kecaman yang mendakwa dia sengaja meniru karakter penyanyi rap MK K-Clique dalam sesetengah video yang dihasilkan.

Mesra disapa Hilmi, dia tidak kisah dengan kata-kata yang dilemparkan kerana apa yang dikongsikan menerusi platform TikTok merupakan hiburan semata-mata.

“Ada yang komen mendakwa saya try hard nak jadi MK. Bila baca komen tu, saya tanya balik diri sendiri. Mana ada saya try hard.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Memang muka saya macam ni, nak buat macam mana? Body language pun macam tu, saya buat natural saja.

“Kalau nak kata macam MK, itu pandangan orang. Saya tak kisah, saya buat video pun untuk hiburan. Orang cakap apa, saya tak terasa.

Penyanyi rap MK K-Clique.

“Tapi saya pun ada layan lagu-lagu MK,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Menurut pelajar bidang automotif itu, dia mula menyertai TikTok untuk mengisi masa lapang sejak pandemik Covid-19 melanda.

Kalau saya mungkin tak terasa, tapi kalau orang lain? Jadi kita kena sentiasa hati-hati.

Namun katanya, dia tak menyangka akan meraih hampir 40,000 pengikut dalam tempoh yang singkat.

“Saya installed sebab bosan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia sekadar hiburan, ikut trend. Saya pun baru saja main TikTok.

“Bila buat satu content dan dapat sambutan, kita rasa nak buat lagi. Masa pertama kali video saya dapat sampai 400,000 tontonan, saya terkejut.

“Jadi saya teruskan saja. Bila baca komen negatif, saya hanya gelak. Ada orang kata saya nampak macam MK dari belah tepi.

Hilmi merupakan penuntut bidang Automotif.

“Ada juga yang tegur saya pakai seluar pendek, mereka tegur aurat. Saya terima dengan hati terbuka apa saja mereka tegur,” ujarnya yang menetap di Rawang, Selangor.

Di sebalik populariti yang diraih, penuntut Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak itu mengakui bimbang apabila munculnya akaun-akaun palsu yang menggunakan wajahnya.

Kata Hilmi, dia sedar akan kewujudan akaun-akaun itu setelah dimaklumkan oleh beberapa individu dan berharap tiada kejadian buruk berlaku yang boleh mencemarkan namanya.

“Ramai juga yang hantar direct message (DM). Ada yang macam friendly, mereka kata nak pinjam video saya, nak post kat Instagram Story.

Hilmi memiliki hampir 40,000 pengikut di TikTok.

“Tapi ada juga yang buat fake account pakai gambar saya di Instagram. Kita niat lain, tapi bila orang buat macam tu, agak bahaya.

“Kalau ada jumpa, sila double confirm dengan saya. Risau juga dengan kewujudan fake account ini.

“Sebenarnya TikTok ni, kita cuba ambil dari sudut positif saja. Tak perlu nak spoil atau jatuhkan orang.

“Nak tegur orang pun kena ada caranya. Kalau saya mungkin tak terasa, tapi kalau orang lain? Jadi kita kena sentiasa hati-hati,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Memang Muka Macam Ni, Saya Buat Natural Saja”Pelajar Ini Tenang Ditvduh Ac4h J4di MK K-Clique"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*