“Patutlah Senyap Je” Diam-Diam ‘Kerjakan’ Lipstick, Comelnya Gelagat Anak Ezzaty Abdullah Ni!

Ragam anak perempuan memang secara semulajadinya tertarik pada kecantikan sememangnya sudah diketahui. Walaupun tidak didedahkan dengan bermacam alat solekan, anak-anak kecil kita peka dan tahu menggunakannya walau hanya melihat kita orang dewasa. Inilah kisah anak-anak perempuan kita.

Gelagat anak pelakon Ezzaty Abdullah yang ‘mengerjakan’ gincu bibir miliknya menarik perhatian wargamaya.

Mana tidaknya, bukan hanya mengambil lipstick ibunya bahkan si comel kesayangan Ezzaty, Harum Dalia yang kini baru berusia tiga tahun turut sama menyepahkan bilik mainannya.

“Ya Allah anak bertuah ibu ni. Patut diam je dalam bilik toys dia tu dari tadi. Habis paper cup ibu dia main dan lipstik ibu dia pakai.

“Mana dia jumpa ntah bawak masuk bilik dia tu senyap-senyap. Haaiiii la Harum.

“Saya dok larang dia pakai makeup yang real, saya beli makeup toys yang plastik tu dengan brush set. Pastu dia letak sepah-sepah sebab selalu bawak naik atas la, ke ruang tamu la, ntah mana-mana la dia bawak dan hilang. Pastu dia asyik pakaikan lipstik dekat saya.

“Hari ni impian dia tercapai dapat pakai lipstick real kat diri sendiri. Tak comot pulak tu.

Kata Ezzaty dia sememangnya melarang anak kecilnya itu memakai barangan solekan orang dewasa kerana tidak sesuai untuk kulit anak kecil. Kata Ezzaty, bila masanya tiba kelak, dia sendiri akan membelikannya buat Harum.

“No Harum! No! Still tak boleh pakai makeup lagi. Awak baru 3 tahun.

“Tunggu dah umur 17 tahun nanti beli je la apa-apa makeup pun nak taruk kat muka tu. Ibu pun tolong belikan nanti.

Pastu cupcake tu siapa nak kemas? Ni la jadinya anak-anak bila bermain dengan orang dewasa je kat rumah ni. Tak boleh bergaul dengan rakan sebaya kat luar sana, tak boleh pegi playschool. haihhh

Sabarlah ibu. Lepas ni ibu kena jadi budak kecik semula la nak bagi anak tak cepat matang sangat ikut usia. (kalau harum ada adik kan senang)

Parents or teacher tolong bagi idea sikit permainan apa boleh main dengan budak 3 tahun ni selain kejar-kejar, hide and seak and tembak-tembak,” cerita Ezzaty.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah)


Video perkongsian Ezzaty itu pastinya mencuit hati wargamaya malah ada yang mencadangkan beberapa permainan yang boleh dilakukan dengan anak di rumah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:@ezzatyabdullah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Patutlah Senyap Je” Diam-Diam ‘Kerjakan’ Lipstick, Comelnya Gelagat Anak Ezzaty Abdullah Ni!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*