“Uwais, Thalita, Mateen, Ibu Dah Takkan Balik Rumah Kita Lagi” Shuib

Selepas beberapa jam melalui berita yang sangat memeritkan, Shuib Sepahtu akhirnya membuat IG live menceritakan perjalanan bersama isteri, Allahyarham Siti Sarah sehingga akhir perjuangan wanita itu.

Di awal IG live, Shuib mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mendoakan isterinya sejak allayarham dimasukan ke hospital tempoh hari.

Kongsi kisah jatuh bangun dengan isteri

Menyentuh tentang hampir 11 tahun usia perkahwinan mereka, Shuib menyifatkan Sarah sebagai isteri yang sangat taat, setia dan tak pernah mengeluh. Dia mengakui Sarah adalah ‘tuahnya’ dan dia memaklumkan hanya menumpang tuah isterinya.

Dia juga sempat menceritakan jatuh bangun bersama isteri dan kisah silam mereka yang dari susah sehingga Alhamdulillah hidup stabil.

Anak-anak menangis teresak2

Menyentuh tentang anak-anak, Shuib memaklumkan yang dia begitu berat untuk memberitahu ketiga-tiga anaknya. Namun, dia tetap harus kuat.

Apabila sesampainya dirumah, dia terus mandi dalam keadaan lama dan turun untuk makan. Selepas itu barulah dia mengumpulkan anaknya dan memberitahu yang ibu mereka telah tiada.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝐡𝐮𝐫𝐫.𝐭𝐯 (@hurr.tv)


“Ibu bukan milik ayah, bukan milik kita, ibu milik Allah. Kita tak akan jumpa ibu lagi di dunia.”
“Ibu pesan, dia cuma ada harta anak-anak disana…kena jadi anak soleh dan solehah.” katanya.

Beri nasihat dan pesanan

Diakhir perkongsian tersebut, Shuib memohon agar kekuatan untuk keluarganya dan mendoakan juga anak keempat Shuib dan Allahyarham Sarah, Ayyash Affan terus menunjukan perkembangan yang baik di hospital.

Dia juga sempat memberikan kata-kata nasihat tentang vaksin dan rumahtangga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram Shuib Sepahtu

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Uwais, Thalita, Mateen, Ibu Dah Takkan Balik Rumah Kita Lagi” Shuib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*