Gil4 Kaya, Suami Hadiahkan Mas Kahwin 1/2KG Emas, Duit RM30K Dan Rumah 3 Tingkat

Bila bercakap pasal kahwin, antara perkara utama yang sering dibahas baik lelaki atau perempuan adalah soal hantaran. Sesetengah pihak meletakkan nilai tinggi berdasarkan pendidikan si anak, namun ada juga yang lebih senang menyerahkan segalanya kepada kemampuan bakal suami. Manakala untuk mas kahwin, rata-rata memberikan nilai yang kecil bergantung pada lokasi akad dilangsungkan.

Viral rakaman tengah pengantin lelaki nak akad nikah dekat TikTok

Namun kisah negara seberang ini yang sempat tular di aplikasi TikTok cukup buat ramai ternganga. Menerusi rakaman berdurasi lebih kurang 11 saat itu, seorang pengantin lelaki dilihat sedang bersedia untuk melafazkan akad sambil disaksikan tetamu yang hadir.

Gila Kaya, Suami Hadiahkan Mas Kahwin 1/2KG Emas, Duit RM30K & Rumah 3 Tingkat 2

Emas setengah kilogram, rumah setinggi 3 tingkat, sebuah kereta, duit berjumlah 100 juta rupiah
Walau bagaimanapun, nilai mas kahwin yang perlu disebut dengan sekali nafas itu menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, pemuda berkenaan telah menghadiahkan pengantin perempuan dengan setengah kilo emas, rumah agam tiga tingkat, sebuah kereta serta wang tunai berjumlah RM30,000.

@hrauliyam

Sah !! #MiripItuJodoh #memoriliburan #SausageMan

♬ Ijab Qobul – ✨Khomsatun Ria Sari✨

Perempuan Malaysia jangan berangan nak macam ni…Jangan susahkan pihak lelaki okay
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan nilai keseluruhan mas kahwin yang diberikan. Selain tertarik untuk mengetahui siapakah gerangan pengantin wanita, ramai yang berseloroh risau jika pasangan turut meminta nilai sama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:TikTok Mr Hq

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Gil4 Kaya, Suami Hadiahkan Mas Kahwin 1/2KG Emas, Duit RM30K Dan Rumah 3 Tingkat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*