“Stalk IG Izara Aishah, Dah Tiada Gambar Dia Yang Tid4k Menvtup Aur4t, Alhamdulillah” Sekali Ini Komen Netizen

PETALING JAYA – Pelakon Izara Aishah mengejutkan orang ramai apabila bertindak memadam ke semua foto yang memaparkan dirinya tidak bertudung dari laman Instagram miliknya.

Izara atau nama lengkapnya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin berkongsi beberapa keping gambar terbaharu bertudung labuh sekali gus memberi bayangan dirinya sudah bertudung penuh.

Manis mengenakan busana muslimah berona per4ng, isteri kepada anak tiri kepada penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid itu bagaimanapun menutup ruangan komen dan tidak meninggalkan sebarang kapsyen pada foto yang dimuat naik.

Dalam gelanggang Twitter, ramai netizen mula bercakap tentang perubahan yang dilakukan ibu kepada Irisa Alaia itu.

“Cantiknya Masya-Allah. Seindah namanya Izara Aishah,” ciap seorang pengguna Twitter.

“Stalk IG Izara Aishah, dah tiada gambar dia yang tidak menutup aurat, alhamdulillah.’

“Ya Allah, permudahkan urusan semua hamba-Mu yang sedang perbaiki dirinya untuk menjadi yang lebih baik, soleh dan solehah,” ciap seorang pengguna lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Wan network

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Stalk IG Izara Aishah, Dah Tiada Gambar Dia Yang Tid4k Menvtup Aur4t, Alhamdulillah” Sekali Ini Komen Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*