“Ayah Bagi Dva Sy4rat Untuk Lel4ki Pilihan,” Hawa Rizwana Akui Tak Pernah Berclnta

Penyampai berita dan pengacara, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 25, semakin hari semakin “laris” menghiasi kaca televisyen.

Bukan sahaja cantik, malah gaya penegasan dalam setiap butiran informasi yang disampaikan ketika mengendalikan segmen Buletin Utama telah menarik perhatian sesiapa sahaja.

Bercerita tentang perjalanan kariernya, Hawa berkata, dia sebenarnya langsung tidak pernah terfikir untuk berada di depan kamera, namun sejak kecil dia sudah menunjukkan bakat dalam kerjaya tersebut, lapor Kosmo.

Ujar wanita kecil molek itu, bapanya, Prof. Datuk Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman, 61, menggalakkan dia untuk mengambil jurusan kewartawanan memandangkan tahu minat anaknya yang gemar membaca.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana)


“Sebenarnya ayah tidak kisah bidang kerjaya yang ingin saya ceburi. Cuma dia mahu saya ada ilmu pengetahuan.

“Alhamdulillah, ketika belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya berpeluang untuk menjalani latihan industri di Media Prima dan dihantar ke unit penerbitan program Wanita Hari Ini (WHI). Akhirnya, saya mendapat rezeki untuk menjadi pengacara rancangan berkenaan,” jelas wanita berketurunan Arab, Siam dan Aceh itu.

Kata Hawa, dia ada menerima beberapa tawaran untuk berlakon, namun menolak dengan cara baik. Kerana mahu fokus sebagai pengacara dan penyampai berita.

“Sebelum ini saya pernah muncul sebagai pelakon tambahan dalam drama Aku Tak Raya. Itu pun sebagai pembaca berita sahaja.

“Minat itu ada (untuk berlakon), tapi elok saya fokus dahulu dengan kerjaya sekarang”.

Menyentuh tentang status dirinya, Hawa berkata, hatinya masih belum lagi dimiliki mana-mana lelaki dan belum terfikir untuk memiliki seseorang yang bergelar kekasih dalam hatinya.

Hawa turut mengakui, masih tiada cinta lelaki di hatinya. Dia juga tidak pernah mempunyai pengalaman bercinta sebelum ini.

“Saya sangat dahagakan pengalaman (kerja). Lagi pun saya memang tak pernah bercinta sebelum ini. Kalau kawan lelaki itu adalah,” jelasnya.

Cuba mengusik untuk mengetahui ciri-ciri lelaki idaman yang dicari. Hawa sambil ketawa memberitahu, bapanya telah meletakkan dua syarat jika ada lelaki ingin menyunting puteri kesayangannya.

“Ayah bagi dua syarat. Pertama lelaki yang bangun solat Subuh sebab kalau dia bangun solat Subuh, insya-Allah solat lain akan terjaga. Yang kedua, lelaki yang tidak merokok.

“Saya secara peribadi inginkan bakal suami yang boleh menerima saya ketika susah dan senang, semasa sakit atau sihat, memahami dan boleh menenangkan saya ketika dalam kegelisahan,” jelasnya menutup kata.

Agaknya siapakah jejaka yang mempunyai ciri-ciri itu dan berjaya membuka pintu hati wanita kelahiran Illinois, Amerika Syarikat ini untuk bercinta? Sama-sama kita nantikan dan doakan jodoh Hawa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:ig

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ayah Bagi Dva Sy4rat Untuk Lel4ki Pilihan,” Hawa Rizwana Akui Tak Pernah Berclnta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*