“Kami Sedang Tunggu Penyataan Pembel4an 5 Sekawan” – Pegvam Nana

Peguam mewakili penyanyi Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin dari Tetuan Abang Azlan & Associates mengesahkan sudah menerima surat dan memorandum kehadiran daripada Tetuan Azlan Razak & Associates, peguamcara yang mewakili Mohd Razlan (Lan Solo), Nur Sheila (Sheila Razlan) dan Zuraidah (Syura) yang masing-masingnya adalah defendan pertama, kedua dan ketiga, kelmarin.

Abang Azlan berkata, firmanya juga sudah menerima surat serta memorandum kehadiran daripada Tetuan Nurul Hafidzah & Associates yang mewakili Sam Musyadzafar (Sam Samin) dan Razidah (Aida G) yang juga defendan keempat dan kelima, semalam.

Ia susulan saman yang difailkan penyanyi lagu Paling Comel itu ke atas lima sekawan terbabit atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial menerusi sesi siaran langsung di Instagram.

“Selanjutnya, kami sedang menunggu penyataan pembelaan defendan-defendan itu yang kami percaya akan difailkan oleh peguam mereka dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Abang Azlan, firmanya serta anak guamnya Siti Nordiana atau mesra disapa Nana juga maklum mengenai kenyataan daripada pihak peguam mewakili Lan Solo, Sheila dan Syura yang berkemungkinan mahu menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah.

“Firma dan anak guam saya maklum mengenai perkara ini berdasarkan laporan media,” katanya.

Menerusi laporan sebuah portal, peguam mewakili Lan Solo, Sheila dan Syura iaitu Muhammad Hafiz Hood berkata, berkemungkinan kedua-dua pihak peguam akan berbincang untuk mediasi di luar mahkamah selepas proses memfailkan semua penyataan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Haria Metro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.