Teruj4 Abang Hil4ng Ku4sa , Ini Kata2 Diva AA Kepada Azmin Ali

Isu berkenaan pengacara terkenal, Azwan Ali dan pelakon wanita popular, Rozita Che Wan dilihat semakin panas selepas Rozita atau mesra disapa Che Ta telah di panggil ke ibu pejabat polis susulan tindakan Azwan yang membuat laporan polis terhadapnya.

Menurut laporan sebelum ini, Azwan Ali atau Diva AA telah membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa pelakon tersebut membuat fitnah terhadap dirinya dengan mengatakan yang Menteri Kanan Kerajaan Perikatan Nasional yang juga abangnya telah memberikan elaun hidup kepada Diva AA.

Jadi, pada 16 Ogos 2021, Che Ta telah dipanggil pihak polis dan telahpun memberikan keterangan selama hampir 4 jam bagi laporan tersebut.

Teruja Azmin Ali hilang kuasa

Menerusi Twitter ‘gah’ Diva AA, dia telah memanjatkan rasa syukur yang tidak berbelah bahagi kerana merasakan doanya telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Mana tidaknya, dalam sekelip mata, abangnya iaitu Datuk Seri Azmin Ali kehilangan kuasa susulan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Dalam pada itu, Azwan Ali turut berasa gembira kerana kisah laporan polis yang dibuat terhadap selebriti wanita tempoh hari viral dan namanya disebut-sebut sehingga kini.

Pengacara itu tidak dapat menerima difitnah oleh pelakon tersebut dengan mendakwa dia mendapat elaun daripada Azmin Ali seperti yang pernah tular sebelum ini.

Terdahulu, ciapan yang dibuat oleh Diva AA di akaun Twitternya telah mengundang rasa tidak puas hati Che Ta kerana dilihat menghina ibunya dengan kata-kata kotor.

Susulan daripada itu, Che Ta telah memuat naik satu kenyataan di media sosialnya sehingga Diva AA ‘melenting’ dan ingin menyaman selebriti tersebut sebanyak RM5 juta.

“Saya minta maaf” – Azmin Ali luah rasa kesal tak dapat berbakti lagi

Susulan perletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kabinet , netizen tidak berhenti menzahirkan kesedihan mereka terhadap pengumuman keputusan itu.

Selain netizen, beberapa orang menteri turut dilihat meluahkan rasa sedih mereka melalui akaun sosial media peribadi, termasuklah Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali.

“Saya minta maaf diatas segala kekurangan”
Menerusi tweet yang dimuatnaik di akaun Twitternya, Dato’ Seri Azmin Ali dilihat berkongsi kekesalannya kerana gagal untuk membantu rakyat dari segi ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya.

Menurut beliau lagi walaupun keadaan ekonomi kini semakin pulih, dia akui ramai lagi rakyat yang perlu dibantu kerana terkes4n dengan wab4k Covid-19 ini.

Melalui tweet ringkas itu, beliau sempat memohon maaf , selain berkongsi rasa bangganya kerana berpeluang untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

Tweet tersebut mendapat 1.4 ribu ulangciap selain mendapat sebanyak 793 komen dari pengguna laman tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Twitter @AzminAli

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Teruj4 Abang Hil4ng Ku4sa , Ini Kata2 Diva AA Kepada Azmin Ali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*