“Beli Biskut Tin Dengan Milo Paket, Itu Yang Saya Makan Hari-Hari,”Nourul Depp Kenang Zaman Awal Jadi Penyanyi

Penyanyi Nourul Depp mendedahkan dia mulai sedar akan bakat nyanyian yang dianugerahkan selepas menerima kata semangat dan pujian dari insan terdekatnya pada zaman kanak-kanak.

Menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abd Wahab, sejak itu dia mulai fokus dan asah bakat demi mengejar impian untuk bergelar penyanyi sehingga berjaya mendapat undangan tersebut pada usia 17 tahun

“Saya sebenarnya daripada kecil tak tahu mungkin ada bakat menyanyi sampailah umur saya dalam 6 atau 7 tahun macam tu. Ada kawan-kawan, pengasuh saya ketika itu suka minta saya untuk menyanyi.

“Jadi saya pun sering juga menyanyi untuk mereka. Jadi bila meningkat dewasa, pada zaman sekolah menengah barulah saya mengasah bakat nyanyian saya.

“Selepas itu, bila umur 17 tahun, saya dapat tawaran daripada penyanyi dangdut, Iwan untuk buat album cuma bukan rezeki untuk bersamanya bawah syarikat rakaman muzik BMG pada ketika itu,” katanya.

Nourul berkongsi cerita lamanya itu menerusi program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan, baru-baru ini.

Jelasnya lagi, demi kejar impian dia sanggup bekerja sambilan sebagai pelakon tanpa mahu menyusahkan ibu bapa dalam soal kewangan.

“Saya pindah ke Kuala Lumpur pada 1994 dan mula rakam album pertama pada tahun 1995. Kerana nak jadi penyanyi ni kan… saya cakap kat mak, tak nak susahkan dia.

“Jadi di KL saya cari duit sendiri jadi pelakon tambahan pada ketika itu. Dapat duit dalam dua tiga ratus rasa macam dah besar sangat pada waktu tu.

“Perjalanannya tidak mudah, kita nak kena jaga maruah keluarga juga… biasalah anak dara pindah ke KL pada umur 17 tahun. Masa nak buat album pertama tu memang sangat sukar dan banyak cabaran sebab duit tak ada,” katanya lagi.

Meski banyak dugaan, namun penyanyi berusia 44 tahun ini berkata ia merupakan pengalaman berharga buat dirinya untuk dikenangkan.

“Macam dulu duit satu hari saya kena ada minimum 50 sen untuk telefon mak saya, masa tu mana ada telefon bimbit macam zaman sekarang ni dan cuma ada telefon awam sahaja.

“Dulu saya kena keluar berjalan dalam 1 kilometer pergi ke telefon awam untuk telefon mak saya setiap hari untuk bagi tahu yang saya okey.

“Bila dalam perjalanan balik tu, kadang-kadang perut lapar jadi saya beli biskut kering empat segi satu tin dengan Milo paket itulah yang saya makan tiap-tiap hari. Ini merupakan satu pengalaman berharga dan saya akan ingat sampai bila-bila,” kongsinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Beli Biskut Tin Dengan Milo Paket, Itu Yang Saya Makan Hari-Hari,”Nourul Depp Kenang Zaman Awal Jadi Penyanyi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*