Berita Baik! KWSP Umum Tarikh Bayaran Untuk Bulan September Diawalkan

Ramai tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-Sinar bulan September ini akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Sinar?

Ini kerana, ada antara kita yang telah menerima pembayaran terakhir i-Sinar bulan ini terutamanya bagi yang telah menerima kelulusan seawal Januari lalu (Kategori 1).

Seperti yang kita tahu, bayaran iSinar akan dibuat dalam tempoh sehingga 6 bulan. Bermakna selepas 6 bulan kita menerima duit i-Sinar, tiada lagi bayaran yang akan diterima selepas itu.

Ini bermaksud, bagi penerima yang diluluskan dalam Kategori 2, atau mungkin telah membuat pindaan, maka anda mungkin akan masih menerima bayaran dalam bulan September ini sebagai pembayaran terakhir.

Berikut adalah makluman tarikh anggaran bayaran i-Sinar KWSP bagi bulan September 2021 dan cara membuat semakan melalui i-Akaun.

Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan September 2021

Seperti bulan-bulan sebelum ini, bayaran i-Sinar bulan September akan dibuat secara berperingkat mulai minggu pertama hari bekerja, bermula 26 Ogos 2021.

Pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada bank masing-masing.

Menurut KWSP, bayaran bulanan i-Sinar biasanya ditetapkan seperti berikut

Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama pada 6 Mac, bayaran kedua pun sekitar 6 April, dan bulan Mei dan Jun juga pada 6 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU m.aksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU sebelum akhir bulan berkenaan.

Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang m.aklumat pembayaran.

Semakan Tarikh Akhir Pembayaran i-Sinar

Seperti yang dimaklumkan semasa permohonan, bayaran i-Sinar akan dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan. Anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Sinar pada bahagian Monthly R.ecurring End Payment Date di i-Akaun KWSP.

Bagi yang telah membuat pindaan amaun, (contohnya, sebelum ni akaun dah e.xpired sebab KWSP dah bayar habis dah jumlah yang dipohon) nanti bila buat pindaan, akaun kembali berstatus Active dan ada R.ecurring Date sampai ke tarikh akhir bayaran yang akan dibuat.

Maka, status pembayaran akhir bergantung kepada tarikh kelulusan dan pembayaran pertama anda.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Harian | KWSP via onlinemalaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Berita Baik! KWSP Umum Tarikh Bayaran Untuk Bulan September Diawalkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*