“Menantu Aku Ni Baik..”- Ayat Mahal Amy Search Und4ng Tvlar.

Siapa yang tidak kenal dengan rocker tersohor tanah air, Amy Search yang juga bapa kepada aktres berbakat Nabila Huda.

Baru-baru Nabila atau mesra dengan panggilan Abil men.dedahkan sisi sebenar Amy sebagai seorang bapa mertua apabila dia berkongsi sebuah video di Instagramnya @kupu_kupu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)


“Ulang tayang post takpe kan? Tapi ni different version (versi berlainan).

“Too cute la relationship (comel sangat hubungan) bapa mertua dan menantu kesayangan. Tengok sampai habis tau. Yang last tu sweet gi.la!” tulis Nabila.

Dalam perkongsian video berdurasi dua minit 22 saat itu, Amy yang sedang membuat ‘live’ di Instagram menerima panggilan dari menantunya, Mohd Izwan Johar.

Antara Komen Menarik Netizen:

“Menantu saya telefon. Hari ni menantu kita punya harijadi. Tolong ucapkan selamat hari jadi untuknya,” kata Amy bersahaja.

Bekas penyanyi kumpulan rock Search itu terus mengucapkan selamat hari lahir sambil mendoakan kesejahteraan anak dan menantunya.

“Papa doakan supaya diberikan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan yang tidak ada batasan. Semoga korang punya impian sentiasa dimakbulkan Allah SWT, bersama isteri tersayang, Nabila huda.”

Kemesraan antara Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 63, dengan menantunya memang tidak dapat disangkal lagi.

Amy sempat bertanyakan hadiah apa yang diingini menantunya sambil mengumpan mereka ke rumah dengan hidangan Croissant dan Asam Pedas.

“So korang tengok kita kamcing tau dengan menantu kita (sambil menunjukkan wajah menantunya kepada warganet).”

Namun, apa yang paling manis dan mahal adalah ayat yang keluar dari mulut Amy sebaik perbualan itu berakhir.

“Itulah dia menantu aku. Menantu aku ni baik,” demikian kenyataan mahal Amy yang mengundang tular.

Video itu mendapat lebih 430,000 tontonan serta pelbagai reaksi warganet terutama dalam kalangan artis.

“Style (bergaya) la bapak. Untung dapat ‘father in law’ (bapa mertua) Rocker. Happy Birthday to your hubby (selamat hari jadi kepada suami anda),” demikian ucap penyanyi lagu Awan Yang Terpilu, Ning Baizura.

“Aloo last tu menantu baik berrt,” kata aktres Diana Danielle.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: IG Nabila Huda Via freemalaysiatoday

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Menantu Aku Ni Baik..”- Ayat Mahal Amy Search Und4ng Tvlar."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*