Namron Sed1h Rakyat Malaysia Tak End4h Bakat Isterinya, June L0jong

Walaupun pernah dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Tenggara 2016 dan memenangi Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) pada 2017, tetapi bakat pelakon June Lojong seolah-olah tidak dihargai sebahagian besar peminat filem tanah air.

Suaminya yang pelakon dan pengarah berkaliber tanah air, Nam Ron, 52, agak terkilan dengan sikap masyarakat yang tidak mengendahkan bakat besar isterinya itu.

“Bila isteri saya disenaraikan sebagai salah seorang pelakon wanita terbaik di Asia Tenggara. Saya bangga tapi turut sedih kerana bakatnya tidaklah begitu dihargai di negara sendiri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut Nam Ron, jika tiada sesiapa menghargai bakat isterinya, biarlah dia menghargainya sampai bila-bila.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JunLojong (@kaseh.chinta.suci)


Dalam Festival Filem Asia Tenggara 2016, June satu-satunya wakil Malaysia yang dicalonkan menerusi filem Redha / Beautiful Pain.

Turut dicalonkan dalam kategori itu ialah bintang filem legenda Indonesia, Christine Hakim, Cut Mini dan pelakon Filipina, Jaclyn Rose, Nora Aunor dan Hashime Kilip.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JunLojong (@kaseh.chinta.suci)


Di FFM29, pasangan suami isteri ini turut membuat kejutan apabila Nam Ron memenangi Pelakon Lelaki Terbaik dan June menang Pelakon Wanita Harapan menerusi filem yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JunLojong (@kaseh.chinta.suci)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JunLojong (@kaseh.chinta.suci)

Dalam filem Redha / Beautiful Pain, mereka berlakon sebagai pasangan suami isteri yang berjuang membesarkan anak autisme.

June adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Teater dari Universiti Malaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Namron Sed1h Rakyat Malaysia Tak End4h Bakat Isterinya, June L0jong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*