“Sepatutnya saya di situ…”Galih Ginanjar Menyes4l Ab4ikan Anak, Cembvru Lihat Bapa T1ri Lebih Mesra

PELAKON Galih Ginanjar sekali lagi menyesali tindakannya mensia-siakan bekas isteri Fairuz A Rafiq dan anak mereka King Faaz.

Galih berkata sikap pentingkan diri sebelum ini membuatkan anak tunggalnya itu lebih dekat dengan bapa tiri iaitu Sonny Septian.

Keakraban mereka berdua sering menjadi perhatian netizen di media sosial sehinggakan kelihatan seperti anak dan bapa kandung.

Dalam hal ini, Galih mengakui senang melihat perkembangan anaknya itu dan berterima kasih dengan Sonny.

“Saya bangga lihat perkembangan dia sekarang, saya seronok! Terima kasih Sonny kerana membimbing dia menjadi anak yang pintar dan kacak,” katanya semasa menjadi tetamu dalam program Brownis Trans TV, baru-baru ini.

Galih cemburu lihat kemesraan anaknya dengan Sonny.

Meskipun menghargai kasih sayang yang diberikan Sonny, Galih mengakui di hatinya masih ada rasa cemburu melihat mereka berdua.

“Saya lihat di Instagram nampak sesuai sangat sama Sonny, kalau dengan Fairuz itu sudah pasti, tapi kalau ada Sonny lebih serasi. Sepatutnya saya di situ… tapi saya tiada.

“Sepatutnya saya lebih dekat dengan Faaz kerana saya bapa kandungnya tapi kerana kelakuan saya dahulu menyebabkan kami terpisah cukup jauh,” ujarnya

Galih Ginanjar berkahwin dengan Fairuz pada 5 Mac 2011.

Mereka bercerai pada tahun 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama King Faaz Arafiq.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Sepatutnya saya di situ…”Galih Ginanjar Menyes4l Ab4ikan Anak, Cembvru Lihat Bapa T1ri Lebih Mesra"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*