‘Lu Cuma Pandai Sembang.. Sebab Belum Kna B4tang Hidvng’ Sekali Anju DM Tauke

Pelawak terkenal Tauke Jambu, menerusi hantaran di Instastory kesal dengan sikap segelintir individu yang gemar memberikan komen jelik kepada orang lain.

‘Lu cuma pandai sembang pandai komen’

Tauke atau dikenali sebagai Zamatul Amri Zakaria, yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi ‘bapak ayam’ menegur sikap sesetengah individu yang lebih sudu dari kuah sedangkan mereka tidak berada di tempatnya. Tauke bagaimanapun telah menafikan terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu.

Lu cuma pandai sembang pandai komen. Sebab lu tak pernah duduk di situasi orang yang lu komen. Umpama medan Maharaja Lawak, lu stay kerusi empuk juri sedap. Cuba lu duduk jadi peserta? Wa cabar lu.

Macam tu lah insan yang lu kec4m. Sebab belum kena batang hidung. Dah kena pelangkup baru meniarap berterabur. Wa? steady.

Simpati dengan nasib Tauke, Zarina Anjoulie mengirim mesej secara peribadi kepada Tauke memberikan kata-kata semangat agar pelawak itu terus kuat menghadapi segala ujian. Ujar Anjou ramai yang mahu melihat seorang itu untuk ‘jatuh’ dan namun, ada juga yang tetap memberikan sokongan.

I dah lali dah bang. I memang dah rasa banyak kali. Tapi rasa nak give up to lambat lagi bang. Thats why la saya datang nak kasi semangat ni. Ramai nak tengok kita jatuh bang tapi ramai juga yang support kita.

Ujar Tauke, walaupun dia tidak rapat dengan Anjou namun, pelakon tersebut seolah-olah faham dengan situasi yang berlaku.

Gua tak rapat pun dengan dia. Tapi dia boleh bagi semangat sebab dia dah duduk situasi sama, dan dia faham.

Instastory penuh:

Masih ada yang pandang serong – Tauke Jambu
Pelawak, Tauke Jambu ‘menasihatkan’ segelintir warganet yang pernah menabur fitnah kepadanya supaya berhati-hati dan membaca undang-undang berkaitan penyebaran berita palsu di media sosial.

Tauke dengan tegas berkata, masyarakat seharusnya berhati-hati sebelum menulis sebarang komen di media sosial terutama melibatkan maruah dan nama baik seseorang tidak kira selebriti mahu pun ahli politik.

“Berhati-hati dan peka sebelum menulis sebarang komen yang boleh jatuh fitnah. Ada yang keterlaluan. Bila perkara tidak benar tersebar, itu boleh menjatuhkan maruah dan nama baik seseorang.

“Kepada yang memfitnah dan mengecam saya dengan ayat-ayat keterlaluan, hari ini mungkin anda terlepas. Esok lusa, kita tidak tahu. Jangan suka sebar berita palsu. Baca undang-undang berkaitan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tauke atau nama sebenar­nya Zamatul Amri Zakaria, 45, sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan dalam kes kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi s3ks di sebuah hotel di Kuala Pilah pada 1 Ogos lalu.

Namun polis mengesahkan seorang pelawak yang sebelum ini ditahan ke­rana disyaki terbabit dengan kes itu pada awal bulan ini, tidak didakwa di Mahkamah Majistret.

Sementara itu, ditanya adakah Tauke bakal meneruskan tindakan undang-undang kepada mereka yang dipercayai menyebarkan fitn4h, pelawak itu menjawab tunggu dan lihat.

Malah Tauke juga mendedahkan, dia dan keluarga kini berada dalam keadaan sedikit tertek4n dek penyebaran fitn4h melibatkan nama baiknya.

“Sampai sekarang masih ada yang menud.uh saya. Padahal sudah terbukti tidak terlibat dan bersalah. Nak keluar rumah pun rasa macam tertek4n.

“Jangan mudah menjatuhkan hukuman. Belum tentu yang ditahan itu bersalah. Ada yang sekadar bantu siasatan. Kadang-kadang, yang komen itu macam tiada adab. Pemikiran cetek,” katanya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Tauke Jambu

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "‘Lu Cuma Pandai Sembang.. Sebab Belum Kna B4tang Hidvng’ Sekali Anju DM Tauke"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*