Ank Terbvang Kotak Emas, Jenuh Sel0ngkar Lori S4mpah – ‘Kalau H1lang Ni Men4ngis Tak Berlagu!’

Kalau dah rezeki tak ke mana! Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kotak emas miliknya hilang sebelum ditemui semula di dalam timbunan sampah yang telah dikutip oleh pekerja syarikat pembersihan.

Video kejadian

Menerusi video yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, dikenali Anuar Rani memaparkan proses pencarian barang kemas tersebut. Sampah yang telah dikutip terpaksa dikeluarkan semula bagi memudahkan proses pencarian. Atas bantuan pekerja, barang emas yang dicari ditemui dengan selamat.

Tersilap buang. Nasib baik tak pi buang lagi kat tempat pelupusan sampah. Dan pi hambat (kejar) kat depo lori. Kalau dah tertulis rezeki kita, ianya tak ke mana.

Wanita itu bertindak membasuh kotak tersebut menggunakan air dan sabun. Pada masa yang sama, dia sempat menunjukkan ‘koleksi’ emas yang disimpannya selama ini. Perakam video tersebut sempat membuat anggaran harga emas tersebut yang dikatakan sekitar RM70 ribu.

Menjengah ke ruangan komen, seorang wanita mendakwa kejadian tersebut berlaku di Sik, Kedah dah punca kejadian adalah disebabkan tindakan anaknya yang bertindak membuang kotak tersebut di dalam tong sampah. Sebagai menghargai pekerja-pekerja tersebut, wanita ini bercadang untuk memberikan sedikit sagu hati buat mereka.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tindakan pekerja pembersihan tersebut kerana sudi membantu wanita itu mencari kotak emasnya yang hilang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Anuar Rani via Ipoh Ipoh Ajerr

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Ank Terbvang Kotak Emas, Jenuh Sel0ngkar Lori S4mpah – ‘Kalau H1lang Ni Men4ngis Tak Berlagu!’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*