Singgah Rumah Tokti Sebelum Ke Australia, Azizulhasni Terkejvt Teng0k Koleksi Basikal

Siapa saja yang tak kenal dengan jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang yang telah mengharumkan nama negara di persada dunia dengan memenangi banyak pingat. Pada Olimpik Tokyo yang lepas juga dia telah menghadiahkan Malaysia pingat perak dalam acara keirin.

Beliau yang kini berada di Malaysia akan pulang ke Australia dalam masa yang terdekat untuk berjumpa isteri dan anak-anaknya sempat berkunjung ke kediaman Dato’ Sri Khalid dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)


“Nak rasa juga!”

Semasa kunjungannya itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau nama glamornya Tokti telah menghidangkan pelbagai juadah makanan yang sedap-sedap. Menurut Azizul, selain daripada menyanyi, Tokti juga hebat dalam memasak.

Di samping itu, Azizul juga memberitahu bahawa pasangan suami isteri tersebut sangat meminati sukan berbasikal dan pernah menyertai banyak perlumbaan basikal. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat koleksi basikal yang dimiliki oleh pasangan itu.

“Dah macam muzium basikal”

Siapa sangka penyanyi yang diminati dan disayangi oleh rakyat Malaysia itu memiliki ruang yang menyimpan koleksi basikal antik yang susah untuk dimiliki. Azizul sangat kagum dengan koleksi basikal itu dan melihat basikal-basikal tersebut secara terperinci.

Datuk Azizulhasni juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pasangan tersebut dan mengucapkan terima kasih pada mereka kerana selalu memberi sokongan kepada kariernya. Dia juga mendoakan agar pasangan itu sentiasa dimurahkan rezeki.

Mereka juga sempat membuat video call dan bersembang secara maya dengan keluarga Azizulhasni yang kini berada di Australia. Kali terakhir Datuk Azizul bertemu dengan Tokti semasa mereka berada di Melburne suatu ketika dulu.

Bestnya dapat jumpa Tokti real life, mesti cantik gila!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Singgah Rumah Tokti Sebelum Ke Australia, Azizulhasni Terkejvt Teng0k Koleksi Basikal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*