Isv S4man, Ini Komen Padu Fazura!

Selebriti Fazura bersyukur kerana akhirnya Mahkamah Tinggi menolak saman oleh pemilik Maydan Trading terhadapnya dan Universal Music Sdn Bhd atas dakwaan melanggar kontrak.

Selepas tiga tahun, kes itu selesai dan berpihak kepada Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Shariffudin.

“Alhamdulilah semua dipermudahkan dan semua dah selesai… Syukur pada Allah,” katanya.
Fazura memberi komen ringkas selepas dihubungi oleh pihak Astro Gempak.

Semalam, Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman oleh pemilik syarikat produk kesihatan dan kecantikan tersebut terhadap pelakon Pisau Cukur itu dan Universal Music Sdn Bhd atas dakwaan melanggar kontrak.

Malah menurut laporan Bernama, panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Azizah Nawawi dan Datuk See Mee Chun menolak rayuan Narhamdan Abd Malek dan mengarahkan beliau membayar kos RM10,000 kepada Nur Fazura.

Narhamdan, yang memiliki dan menjual produk kesihatan iaitu ‘candy’ yang boleh dikunyah dikenali sebagai ‘Q Tab’ untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku memfailkan saman pada 16 Dis 2017 dengan menamakan Nur Fazura, 38, dan Universal Music Sdn Bhd sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam saman tersebut, Narhamdan mendakwa selebriti itu melanggar kontrak pada penghujung September 2017 apabila Nur Fazura melancar dan memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu ‘TRUDOLLY ‘TruBeauty’ ketika kontraknya masih berkuat kuasa.

Oleh itu, Narhamdan, antara lain, menuntut pembayaran balik RM156,000 daripada Nur Fazura dan Universal Music, ganti rugi RM141,755.61 kerana pelanggaran kontrak, faedah dan kos.

Fazura dalam penyataan pembelaan difailkan pada 29 Jan 2018 mendakwa beliau tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dengan perayu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Isv S4man, Ini Komen Padu Fazura!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*