Michael Ang Ded4h Hujung Bulan Ini Dah Boleh Rentas Negeri – ‘Aku Dapat Tahu Daripada Sumber Boleh Diperc4yai’

Menerusi sesi live di Instagram semalam, pelakon dan pengarah terkenal tanah air iaitu Michael Ang mendakwa orang ramai akan dibenarkan merentas negeri pada hujung bulan ini.

Dafi bagitahu?

Semasa sesi live tersebut, Michael Ang memberi pesanan kepada semua agar patuh kepada SOP yang telah ditetapkan sekiranya pihak kerajaan memberi kebenaran buat rakyat untuk merentas negeri. Ujar Michael Ang, kebenaran tersebut mungkin diberikan kepada mereka yang sudah lengkap dua dos.

Walaupun perkara tersebut masih belum diumumkan kerajaan, Michael yakin ianya bakal dilaksanakan berdasarkan kenyataan ‘sumber’ rapat dirinya yang memaklumkan perkara tersebut.

Aku rasa hujung bulan ni dah boleh rentas negeri bagi mereka yang dua dos. Aku dapat tahu daripada sumber yang boleh dipercayai. Kalau betul boleh, korang semua jangan pergi merayap bila dah balik kampung. Korang kata rindu emak, ayah, datuk, nenek dan keluarga dekat kampung. Kalau kerajaan bagi kebenaran, jangan korang pergi merayap makan ikan bakar dan berhimpit-himpit dekat Jonker Street tu semua. Dah habis jumpa keluarga, balik terus semula. Sebelum balik tu pastikan keluarga pun dah ambil vaksin, dua-dua belah pihak dah ada vaksin.

Menerusi live tersebut, rata-rata netizen mula mempersoalkan siapakah sumber utama yang memberitahu Michael Ang mengenai berita tersebut.

Netizen turut mendakwa Dafi sebagai sumber utama itu. Di samping itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira seandainya kebenaran merentas negeri diberikan pada hujung bulan ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:OB

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Michael Ang Ded4h Hujung Bulan Ini Dah Boleh Rentas Negeri – ‘Aku Dapat Tahu Daripada Sumber Boleh Diperc4yai’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*