“Dialah Abang, Bapa Dan Kawan Saya” – Ziyad Tak Rel4 Berp1sah Dengan Jurulatih

Jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli tidak rela berpisah dengan jurulatihnya, Mohd Faizol Harun di sebalik insiden yang menimpanya di Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, minggu lalu.

Atlet berusia 31 tahun itu melalui detik hitam pada temasya Tokyo 2020 selepas kemenangannya tidak diiktiraf kerana didapati lewat tiba di bilik menunggu Stadium Olimpik sebelum pertandingan dimulakan.

Susulan insiden itu, rata-rata peminat sukan tanah air menganggap Faizol dilihat sebagai individu yang perlu dipertanggungjawabkan di atas kecuaian berkenaan.

Sebaik di tanah air, Jumaat lalu, Faizol, berkata sebagai jurulatih dan orang yang dekat Ziyad, dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas insiden yang berlaku.

Bagaimanapun, Ziyad memohon kepada semua pihak agar tidak menghukum Faizol kerana dia juga bertanggungjawab di atas insiden berkenaan selain menegaskan mereka tiba di bilik menunggu tepat pada waktunya seperti ditetapkan.

Dia yang memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 menganggap Faizol seperti keluarganya selepas bersama jurulatih berkenaan sejak 11 tahun lalu.

“Dialah (Faizol) abang, dialah bapa dan dialah kawan saya. Sudah 11 tahun kami bersama…susah dan senang memang dia sentiasa bersama saya.

“Saya bermula dari kosong dan apa yang saya capai sekarang semuanya adalah kerana dia.Sukar untuk saya berlatih dengan jurulatih lain, kalau jurulatih lain latih saya pun, mungkin dia tidah boleh tahan dengan saya, saya ada perangai saya sendiri.

“Dia seorang saja yang boleh faham saya. Saya sedih sehingga mengalirkan air mata apabila membaca komen di media sosial yang mengecam dia. Orang tidak tahu apa yang kami rasa, jika saya kecewa dia lagilah kecewa.

“Orang tidak tahu apa yang berlaku, hakikatnya kami berdua yang tanggung perkara ini,” katanya kepada BH Sukan.

Ziyad terlepas emas dan rekod dunia yang dilakukannya dengan catatan 17.94 meter (m) selepas penyertaannya di Tokyo diklasifikasikan sebagai DNS (tidak bermula) susulan protes yang dilakukan Ukraine disebabkan kelewatannya tiba di bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Dialah Abang, Bapa Dan Kawan Saya” – Ziyad Tak Rel4 Berp1sah Dengan Jurulatih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*