Lama Tak N4mpak, Akhirnya Terjawab Dimana Dayah Zubit Pengasuh Siti Aafiyah

SELEPAS mendirikan rumah tangga pada Jun lalu, Nur Hidayah Zubit atau mesra disapa Dayah terpaksa menamatkan perkhidmatannya sebagai pengasuh kepada anak penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah.

Ujar Siti, 42, dia menggantikan Dayah dengan seorang pengasuh baharu yang turut berperanan sebagai guru bagi membimbing proses pembelajaran Aafiyah yang kini berusia empat tahun.

“Dalam era pandemik ini sebenarnya bukan mudah anak-anak kena duduk rumah sahaja. Cuma saya bersyukur ada ruang untuk buat aktiviti dengan Aafiyah, sekurang-kurangnya Aafiyah tak boring, dalam waktu berkurung di rumah ni dia boleh bentuk perkembangannya.

“Selepas Dayah (bekas pengasuh Aafiyah) berhenti kerana berkahwin, kita cari penjaga baharu iaitu seorang guru supaya boleh mengajar dan buat aktiviti bersama Aafiyah di rumah.

“Sedikit lega kerana ada seorang cikgu yang menjaga, saya nampak ada perkembangan positif… sebolehnya saya pun tak mahu Aafiyah hanya tumpu pada gajet sahaja, sekurang-kurangnya dia ada aktiviti bersama cikgu walaupun saya tiada di rumah,” katanya

ctdk 2Siti bersama suaminya Datuk K dan dua anak mereka.

Untuk rekod, Dayah yang berkelulusan dalam bidang kejurur4watan bertugas sebagai pengasuh Aafiyah sejak 28 Mei 2018.

Siti ditemui semasa majlis sambutan ulang tahun produk makanan kesihatan Beausiti yang ke-2 dan kempen Stronger 2gether yang diadakan secara maya pada Selasa.

Sementara itu, isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K ini berkata, pandemik c0v1d-19 memberi banyak hikmah kepadanya, lebih-lebih lagi dia baru sahaja menimang cahaya mata kedua, Muhammad Afwa pada 19 April lalu.

Saya tak mahu Aafiyah hanya tumpu pada gajet sahaja, sekurang-kurangnya dia ada aktiviti bersama cikgu walaupun saya tiada di rumah.

“Alhamdulillah Afwa dah nak masuk lima bulan… seronok dapat tengok anak-anak membesar depan mata sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini. Bagi saya ada hikmah atas apa berlaku sebab saya banyak ruang dan masa bersama mereka.

“Walaupun sibuk meeting secara online tapi saya boleh tengok anak-anak depan mata… bayangkan kalau saya kerja macam biasa, balik kerja dah petang memang tak boleh nak pantau sepanjang hari.

“Baru-baru ini saya bawa Aafiyah pusing-pusing naik kereta sahaja, tapi dia punya teruja dapat tengok banyak kereta dan lampu-lampu di jalan… kasihan pula tengok Aafiyah mungkin terlalu lama di rumah,” katanya.

siti 2Sambutan ulang tahun ke-2 Beausiti diadakan secara maya.

Bercakap mengenai Beausiti, Siti memberitahu sempena ulang tahun ke-2, jenama makanan kesihatan miliknya itu menawarkan diskaun menarik sebagai penghargaan kepada pelanggan atas sokongan padu mereka.

Kempen Stronger 2gether merupakan salah satu cara untuk menyokong inisiatif Kerajaan dalam Program Imunisasi c0v1d-19 Kebangsaan (PICK) dengan menawarkan promosi untuk mereka yang telah menerima vaks1n lengkap.

Promosi istimewa ini berlangsung dari 16 September hingga 30 September hanya di laman web BeauSiti dan tertakluk pada terma dan syarat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Lama Tak N4mpak, Akhirnya Terjawab Dimana Dayah Zubit Pengasuh Siti Aafiyah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*