Tampil Berbusana Hitam Pekat Pengantin Ini Berjaya Membuang Stigma Masyarakat Terhadap Warna Hitam

Sering kita melihat pasangan pengantin memilih busana yang bewarna putih atau pastel untuk nikah. Jarang sekali bagi orang kita menggunakan warna yang gelap dek kerana pemikiran kita yang sudah menganggap warna gelap ataupun hitam merupakan warna untuk berkabung.

Tidak bagi wanita ini, Fatin Nabilah Mohd Salim, 26, yang mana telah berjaya membuang stigma tersebut apabila tampil berbusana pengantin hitam pada hari pernikahan nya dengan lelaki pilihannya Hanif Izlan Basri, 25.

Pernikahan yang telah dilaksanakan di pejabat agama sebelum acara ringkas dibuat di kediaman ibu bapanya di Taiping, Perak yang hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Perkongsian video perkahwinannya telah menarik perhatian ramai dengan busana pengantin berona hitam pekat itu.

Menurut Fatin, memang dia minat warna hitam dan berhajat untuk memakai serba hitam pada hari bersejarahnya itu. manakala suaminya pula memang tidak kisah. tetapi ibu bapanya pada awalnya menentang keinginan Fatin. Namun setelah Fatin berjaya meyakinkan kedua ibu bapanya.

Turut berkongsi detik dimana keluarganya mengusik ketika pasangan pengantin sedang beraksi romantik untuk gambar.

Teks By KL Menjerit Staff

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: TikTok uyuyumeiii By KL Menjerit

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tampil Berbusana Hitam Pekat Pengantin Ini Berjaya Membuang Stigma Masyarakat Terhadap Warna Hitam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*