Uqasha Senrose Dah Gayakan Baju Nikah, Peminat Tanya Bila Majlisnya?

Umum sedia tahu pelakon cantik Uqasha Senrose sudah pun dilamar oleh aktor Kamal Adli dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Namun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari, perancangan untuk mengadakan majlis pernikahan sekitar bulan Jun lalu tidak dapat dilaksanakan.

Akan tetapi, sejak beberapa hari kebelakangan ini, pelakon tersebut seakan memberi bayangan bahawa majlis pernikahannya akan berlangsung tidak lama lagi susulan beredarnya gambar-gambar berbaju nikah di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini turut berkongsi gambar busana berwarna putih rekaan mereka yang anggun digayakan oleh pelakon tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini)

Pastinya ramai yang memuji penampilan Uqasha yang sangat cantik apabila mengenakan busana rekaan pereka terkenal itu disamping mekap yang terlihat natural sekali.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang tidak sabar menanti hari bahagia pelakon itu dengan bertanyakan tarikh sebenar pernikahannya.

Walau  bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan daripada Uqasha mahupun Kamal berhubung majlis pernikahan mereka nanti.

Diharap semua urusan yang telah dirancang dapat berjalan dengan baik dan terus bahagia hingga ke Jannah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: OMM

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Uqasha Senrose Dah Gayakan Baju Nikah, Peminat Tanya Bila Majlisnya?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*