Guna Taktlk P4kai Pvrdah, Bayar Sehlngga RM20k Untvk ‘L0loskan’ Diri, Sajat Akhlrnya Dit4h4n Di Bangk0k

Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sa jat dilap orkan telah dita han oleh pihak imigresen Tha iland pada 8 September lalu bersama seorang lelaki yang berperwatakan seperti wanita warga Thailand di sebuah kondominium mewah di Bangkok.

Pada 4 Jun, pihak imig resen Thailand mengesan lokasi persembunyian Nur Sajat iaitu di sebuah kondo mewah di tengah Bangkok.

Hasilnya, Nur Sajat dita han dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melar ikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia.

Lapor Harian Me tro, Sajat dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pemban terasan Pendatang Tanpa Izin Thailand dan akan didakwa di mahk amah Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen.

Walau bagaimanapun, usahawan kosmetik berkenaan dibebaskan pada 10 September lalu dengan jaminan sebanyak AS$2,000 (RM8,343) dan diikat jamin oleh kenalannya dikenali sebagai Misha. Sajat dikatakan perlu hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14  hari.

Kini, pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa Sajat pulang ke Malaysia. Ianya agak sukar kerana melibatkan campur tangan pihak antarabangsa serta pertubuhan tertentu yang menghalangnya.

Usaha membawanya pulang untuk menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor atas kesalahan berpakaian wanita yang dilakukannya di Shah Alam pada 2018 itu sedang berlangsung.

Pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dipercayai memakai purdah dan niqab sebagai taktik untuk meloloskan diri ke Thailand yang dibantu oleh seorang lelaki.

Nur Sajat yang ketika itu sedang bersembunyi di Lembah Klang mula mencari jalan untuk keluar ke negara ini. Dia kemudiannya diperkenalkan kepada seorang lelaki yang mahir dengan selok-belok di kawasan sempadan sebelum bersetuju membayar RM20,000 sehingga selamat tiba di Bangkok.

Lelaki ini dipercayai mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand. Siasatan lanjut sedang dilakukan.

Sajat dipercayai dibawa dengan menaiki sebuah kenderaan dari Lembah Klang ke Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sebelum dibawa ke Padang Besar, Perlis.

Sebaik tiba di Padang Besar, Nur Sajat dimasukkan ke gerabak kereta api barang sebelum lolos ke Padang Besar, Thailand bersama lelaki terbabit.

Lelaki sama kemudiannya membawa Nur Sajat ke Hat Yai, Thailand. Dia (Nur Sajat) kemudiannya diserahkan kepada seorang lelaki yang membawanya hinggalah ke Bangkok, Thailand.

Difahamkan Sajat dan lelaki berkenaan berjaya melepasi Sekatan Jalan Raya (SJR) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: beautifulnara

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Guna Taktlk P4kai Pvrdah, Bayar Sehlngga RM20k Untvk ‘L0loskan’ Diri, Sajat Akhlrnya Dit4h4n Di Bangk0k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*