“Abang Yang Baik..” – Anak Sulung Shuib Tolong Jaga Baby, Netizen Puji Sejuk M4ta Memandang

Anak sulung kepada pasangan Shuib Sepahtu dan Allahyarh4mah Siti Sarah, Uwais Al Qarni mencvri perhatian wargamaya apabila setia menjaga adik bongsunya, Ayash Affan.

Menurut Shuib atau nama sabenarnya Shahmira Muhamad, 37, dia bersyukur dikurniakan anak-anak yang Sangat bertanggungjawab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Menerusi laman sosial Instagram, Shuib berkongsi video momen ‘sweet’ dua beradik tersebut untuk tatapan umum.

“Allahuakbar, syukur di atas segala kurniaan mu ya Allah. Abang yang baik, Uwais Al Qarni. Rajin dia melayan adik kesayangan Ayash Affan,” tulis Shuib di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi lebih satu minit itu, Uwais dilihat menepuk-nepuk belakang badan adiknya yang men4ngis.

Uwais yang memakai kopiah pula kelihatan malu-malu sewaktu momennya dirakam, terus memujuk adiknya yang merengek.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian terhadap tindakan Uwais selaku anak sulung yang membantu menjaga adiknya.

Malah, ramai yang tersentuh melihat wajah Uwais saling tak tumpah seperti wajah ibunya, Allahyarh4mah Siti Sarah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


“Anak sulung yang boleh diharap. Moga-moga dia menjadi anak soleh yang berguna pada masyarakat dan agama. Sejuk mata memandang muka dia, sebiji mak dia,” komen seorang wargamaya.

“Muka Uwais saling tak tumpah macam arwah ibunya. Tengok Uwais terubat rindu Shuib pada Sarah. Semoga Shuib terus kuat demi anak-anak. Hidup mesti diteruskan,” kata seorang wargamaya.

“Allah, semoga anak-anak semua menjadi anak dunia akhirat. Anak yang mampu membantu family, jiran. Amin,” ujar seorang wargamaya.

“Adik n4ngis nak susu, abang malu-malu. Abang anak yang baik, macam arwah ibunya. Semua anak-anak Shuib Sepahtu menjadi anak yang baik soleh dan solehah,” puji seorang wargamaya.

“Penyayang macam ibu ye Uwais. Ramai sayang Uwais,” tulis seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, pandai abang jaga adik. Sejuk mata tengok muka Uwais,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 600,000 tontonan daripada pengikutnya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Abang Yang Baik..” – Anak Sulung Shuib Tolong Jaga Baby, Netizen Puji Sejuk M4ta Memandang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*