“Baik Pergi Mekah”- Dapat Lamborghini Selepas Mengid4m, Ibu Ini Y4ng Juga Adik Iqbal Dikec4m Netizen

Seorang ibu hamil berusia 19 tahun yang tular baru-baru ini kerana mengidam memiliki akan sebuah kereta mewah Lamborghini kini gembira apabila akhirnya telah mendapatkannya.

Wanita yang dikenali sebagai Ayunie itu dikejutkan oleh suaminya selepas Lamborghini berwarna kuning bernilai RM3 juta yang diidamkan itu selamat sampai dirumahnya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik ke akaun TikTok tersebut, isterinya yang melihat kewujudan kereta tersebut terus meloncat keriangan dan terus memeluk suaminya.

Dalam video tersebut suaminya memberitahu kereta tersebut sudah lama dibelinya namun perlu menunggu masa yang lama untuk kereta tersebut sampai.

Dilihat juga Ayunie yang teruja menuju ke kereta itu dan sempat bergurau dengan menyatakan bahawa akhirnya bayi dalam kandungannya sudah dapat apa yang dia mahukan.

@ayunieso24
eeee suami yuni ni Sampai hati ! Alhamdulillah rezeki 6 bulan berniaga ??

♬ original sound – ayunieso

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang terhibur dengan telatah suami isteri tersebut selain menyatakan kereta tersebut merupakan rezeki anak.

Namun, terdapat juga netizen yang menganggap video tersebut hanyalah content marketing mereka semata-mata serta mendakwa kereta tersebut hanya disewa oleh lelaki tersebut.

“Wah lakonan mantap, buat-buat tak tahu demi content,” kata salah seorang netizen.

Dalam pada itu, Ayunie yang merupakan adik kandung Iqbal Zulkefli iaitu yang sedang hangat dikaitkan dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida itu akui turut menerima kecaman lain.

Dalam Insta Story miliknya, Ayunie memberitahu dia menerima komen mengenai netizen yang mempersoalkannya lebih baik menunaikan ibadah di Mekah daripada membeli kereta mewah itu.

“Dari beli kereta baik pergi Mekah,” antara komen yang dikongsikan.

Pun begitu, Ayunie yang merupakan pengasas produk kecantikan itu mempunyai jawapannya tersendiri.

“Dari hari itu saya teringin sangat nak bawa satu keluarga besar ke Mekah. Itu impian saya pada keluarga.

“Dari segi kewangan memang saya dah simpan khas, tapi keadaan sekarang yang tak mengizinkan.

“Kalau beli kereta tak boleh pergi Mekah ke? Saya harap sebelum komen fikir dulu orang tu siapa sebelum kita judge..kita takt ahu impian orang lain kan,” jelasnya.

Sebelum ini tular video Ayunie membawa suaminya ke galeri kereta untuk menunjukkan Lamboghini yang diidamkan. Ayunie ketika itu memberi alasan anak dalam kandungannya yang mahu dan dia mengidam untuk memiliki kereta mewah tersebut.

Namun, menurut suaminya, pembelian kereta tersebut dilihat membazir dan hanya akan membuat pembelian jika video tersebut mendapatkan 100,000 tanda suka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Baik Pergi Mekah”- Dapat Lamborghini Selepas Mengid4m, Ibu Ini Y4ng Juga Adik Iqbal Dikec4m Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*