Usia Bvkan Hal4ngan, 9 Tahun Sulam Bahagia Ratu Rock Ella Dan Svami Kekal Pasangan Sweet

Setiap kali melihat foto Ella bersama suami, alahai sweet sangat! Apatah lagi dengan sikap Ella yang manja semula jadi manakala suaminya pula seorang yang tenang membuatkan kita turut merasa aura kebahagiannya itu.

Tahun ini usia perkahwinan Ella dan suami hampir mencecah 9 tahun. Pun begitu beza usia bukanlah halangan bagi pasangan ini untuk serasi bersama. Apa pun jodoh itu ketentuan Allah SWT. Rezeki masing-masing kerana semua berhak untuk merasa bahagia.

Living legend yang tersohor dengan trademark ‘Ella Rasa” serta popular dengan lagu antaranya Nuri dan Dua Insan Bercinta ini diijabkabulkan dengan Kapten Azhar Ghazali pada Julai 2012. Azhar merupakan seorang juruterbang di salah sebuah syarikat penerbangan terkenal. Sewaktu berkahwin Ella berusia 46 tahun manakala suaminya berusia 30an.

Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin yang kini berusia 55 tahun tidak melihat jarak usia sebagai satu halangan sebaliknya keserasian antara mereka. Ella juga kagum dengan kematangan suami yang sentiasa memahami dirinya sebagai seorang artis terkenal.

USAHAWAN TANI BERJAYA

Selain mempunyai minat yang sama dalam muzik serta aktiviti kemanusiaan, mereka juga ini bergelar usahawan pertanian berjaya. Hebatnya!

Tak sangka, di sebalik kelincahan Ella menyanyi di pentas rupa-rupanya juga telah bergelar usahawan cili yang berjaya. Ella dan suami mengusahakan tanaman fertigasi cili ini sejak 3 tahun lalu yang melibatkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar. Benih cili yang dipilih pula pastinya yang berkualiti tinggi.

“Sebenarnya minat dalam bidang bisnes ni memang dah lama ada. Kebetulan pula saya gemar bercucuk tanam antaranya menanam cili.

Bermula dari situlah kami ambil keputusan untuk tukarkan minat itu menjadi satu perniagaan. Bukan saja mendatangkan keuntungan bahkan memberi inspirasi buat mereka yang berhasrat menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Hasil tanaman cili kami pasarkan ke kedai-kedai runcit, restoran, pasaraya dan pertubuhan pemasaran hasil tani. Sekarang saya berpeluang memberi tumpuan secara serius terhadap bisnes.

Saya harap lebih ramai lagi golongan muda melibatkan diri dalam bidang pertanian kerana ia menjanjikan masa depan yang baik dan jaminan simpanan keselamatan makanan untuk negara.

Saya juga yakin dengan potensi perniagaan pertanian yang dapat menjana pendapatan lumayan jika dibuat dengan betul dan bersungguh-sungguh.

HIKMAH

Bagi saya, hikmah di sebalik COV1D-19 ialah menyedarkan kita agar sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang ada di sekeliling kita.”

Ella turut berkongsi dia bakal mengeluarkan beberapa rangkaian produk kesihatan pada tahun ini. Sumber kekuatan dan inspirasi Ella semestinya suami, ibu dan adik beradik. Selain itu, Ella turut menginspirasikan Neelofa, ratu squash negara Datuk Nicol Ann David serta Datuk Faridah Hanim (Ibu Hanim).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Nona

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Usia Bvkan Hal4ngan, 9 Tahun Sulam Bahagia Ratu Rock Ella Dan Svami Kekal Pasangan Sweet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*