“Doakan Haider Dil4hirkan Cukup Minggu”- Elly Mazlein P4nik Baby ‘Menger4s’ Di Usia 35 Minggu

Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein melalui detik cemas apabila bayi dalam kandungannya menunjukkan tanda kontraksi di usia 35 minggu.

Tidak membuang masa, Elly terus ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

“Malam tadi kelam kabut…sebab rasa baby macam dah tak sabar nak jumpa atok papa mama dan kakak Manja..mengeras…

“Alhamdulillah…terus dimasukkan ke hospital,” katanya.

Elly berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya kelmarin.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto tangan dan dipercayai bersama suaminya di hospital.

Pun begitu hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan bayinya mula bertenang dan dia dibenarkan pulang dan memantaunya di rumah.

“Alhamdulillah doktor periksa dan katanya baby dah mula relax… Kalau tak ada apa-apa boleh balik petang ni…

“Doakan kakak kepom (Elly) dan baby ya… Doakan Haider (bayinya) dilahirkan cukup minggu…,”pintanya.

Terdahulu Elly memberitahu dia kini sudah pun bercuti bersalin sebelum melahirkan bayi lelakinya tidak lama lagi.

Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari, tahun lalu.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan. Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Doakan Haider Dil4hirkan Cukup Minggu”- Elly Mazlein P4nik Baby ‘Menger4s’ Di Usia 35 Minggu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*