“Apa Beza Makan di Rest0ran Dengan di Majlis Perk4hwinan?” KJ Was-was Izin Kenduri Khwin, Mila Jirin Tak Pu4s Hati Lama Ti4da ‘J0b’

TAMPIL menyuarakan mengenai status Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung majlis sosial, penyanyi Mila Jirin sudah bersedia menerima kec4man netizen.

Mila, 33, berkata dia dan semua yang terlibat dalam industri perkahwinan berasa tertekan disebabkan perniagaan tidak dapat beroperasi selama hampir dua tahun.

“Saya tidak kisah sekiranya ada pihak nak kecam atau kritik saya disebabkan perkongsian saya itu. Saya hanya menyuarakan bagi pihak industri perkahwinan.

Mila turut berkongsi status Twitter KJ.

“Bukan saya cakap hanya kapasiti saya seorang tetapi ramai kawan-kawan dan semua yang terlibat dalam industri perkahwinan terkesan.

“Kami tertekan sebab perniagaan tak dapat beroperasi hampir dua tahun. Apa beza makan beramai-ramai di restoran dengan makan di majlis perkahwinan?

“Bukankah itu perkara yang sama saja? Saya rasa semua orang dah tahu batas ketika bertemu dengan orang,” kata Mila kepada mStar.

Saya terkilan sebab semua industri sosial tidak dipanggil kementerian untuk berbincang.

 

Terdahulu, pemilik nama Norsyarmilla Jirin itu memuat naik paparan skrin status Twitter Khairy Jamaluddin di Instagram miliknya pada Isnin.

Menerusi status tersebut, Khairy memberitahu majlis sosial dalam tempat tertutup berkemungkinan menjadi sektor terakhir untuk dibuka.

Dalam pada itu, Mila yang juga mengusahakan perniagaan perkahwinan mengakui terkilan apabila tiada pihak yang memanggil mereka untuk berbincang mengenai isu tersebut.

Mila berharap pihak kerajaan memberi peluang kepada industri perkahwinan.

“Saya terkilan sebab semua industri sosial tidak dipanggil kementerian untuk berbincang. Kami bukanlah mahu minta bantuan dari segi kewangan.

“Tapi beri kami peluang untuk berbincang idea macam mana SOP untuk majlis sosial. Rasa-rasanya seluruh rakyat dah faham kini hidup dalam norma baharu.

“Sekurang-kurangnya beri kelonggaran seperti jemputan dalam 50 orang dalam masa beberapa jam. Kami akan ikut saja SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Apa Beza Makan di Rest0ran Dengan di Majlis Perk4hwinan?” KJ Was-was Izin Kenduri Khwin, Mila Jirin Tak Pu4s Hati Lama Ti4da ‘J0b’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*