Nama B4yi Terl4mpau Panj4ng, Bapa Res4h Anak Dua Tahun Masih Belvm Miliki Sijil L4hir

Surabaya: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun masih belum memiliki sijil lahir disebabkan nama diberikan terlalu panjang.

Kanak-kanak itu bernama Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta.

Mesra dengan panggilan Cordo, kanak-kanak lelaki itu anak kepada Arif Akbar, 29 dan Suci Nur Aisyiah, 26, menetap di Desa Ngujur, daerah Bancar.

Nama yang terlalu panjang itu menyebabkan Cordo masih tidak mempunyai sijil lahir walaupun sudah berusia dua tahun.

“Sudah beberapa kali saya pergi ke pejabat pendaftaran kelahiran,” kata Arif ketika dihubungi Detik.com.

Menurutnya, di daerah lain masih terdapat lama yang panjang namun terap diberikan sijil lahir.

Katanya, pelbagai masalah untuk menguruskan anaknya itu disebabkan ketiadaan sijil lahir.

“Kami menghadapi kesulitan menguruskan anak kerana di daerah lain masih ada yang diberikan sijil lahir dengan 17 aksara,” katanya.

Katanya, beliau masih berharap berita gembira akan diterima kerana bimbang memikirkan masa depan anak keduanya itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Nama B4yi Terl4mpau Panj4ng, Bapa Res4h Anak Dua Tahun Masih Belvm Miliki Sijil L4hir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*