“Hampir Pit4m” Selepas ‘Disentvh’ Iqbal, Vida Dedah Apa Yg Berl4ku Kepada Dia

PETALING JAYA – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) hampir pitam ketika sesi siaran langsung Instagram bersama peminatnya kerana didakwa terkena ‘gangguan’ misteri semalam.

Menerusi sesi live DSV di media sosial Instagram miliknya, dia secara tiba-tiba kelihatan sangat lemah, badannya terasa panas dan hampir muntah-muntah tanpa diketahui penyebabnya.

Berdasarkan sesi live Instagram semalam, kelihatan di penghujung sesi tersebut DSV kelihatan mengipas dirinya sendiri kerana beliau berasa panas sedangkan individu di sebelahnya berasa sejuk.

“Panas satu badan, saya dah tak tahan dah ini, tapi saya cuba bertahan. Setiap kali live mesti rasa panas, Ya Allah kenapa saya jadi macam ni?.

“Saya terkena apa-apa ke? gangguan ke? nak muntah rasanya tapi tak lepas, saya mohon doakan saya kembali sihat,” katanya semalam.

Selepas kejadian itu, DSV dilihat mengadakan sesi solat hajat beramai-ramai di rumahnya bagi mengelakkan diganggu perkara yang tidak diingini dan beliau telah mencetak beberapa ayat al-Quran termasuk ayat Kursi sebagai ‘pendinding diri’.

DSV hampir pit4m ketika sesi siaran langsung Instagram kerana didakwa terkena g4ngguan misteri.

“Saya dah sediakan ayat Kursi siap-siap sebab semalam saya live saya pitam, jadi hari ini siapa nak ‘kenakan’, saya dah letak ayat Kursi sebagai pelindung,” katanya lagi.

Susulan perkongsian kisah itu, rata-rata pengguna media sosial menasihatkan DSV supaya segera berubat dengan individu yang lebih pakar dan orang ramai juga mendoakan kesihatan beliau.

“Minta maaf Datuk, kena pergi berubat juga itu kerana asyik panas sahaja tiap kali maghrib, itu merupakan salah satu tanda terkena gangguan,” jelas @Pastelsey_ranger.

“Datuk Seri nampak tak sihat dalam live tadi, tolong jaga kesihatan dan jangan stress perlu banyakkan berehat. Semoga cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan,” ujar @Cikguidaa.

“DSV, sentisa kekal sihat banyak orang di luar sana, tidak bernasib baik seperti awak. Saya harap Datuk tak putus asa supaya boleh tolong mereka yang dalam kesusahan,” kata @judysato16.

Terdahulu Kosmo! melaporkan isu hubungan percintaannya dengan jejaka Ahmad Iqbal Zulkefli yang terputus di tengah jalan susulan mendapat tentangan daripada anak-anak DSV

Vida Tgh Live, Sekali Iqbal Masuk Dedah ‘DSV Wanita Pertama Dan Terakhir Saya Sentuh’
Ingatkan dah selesai isu cinta dan nak kahwin membabitkan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan juga bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Sekejap nak kahwin, sekejap tak jadi.. sekejap itu, sekejap ini.. warganet pun mula naik hairan.

Nampaknya masih tiada kesudahan lagi kisah mereka apabila baru-baru ini, Vida ada membuat IG Live bagi mempromosikan produk-produknya serta berinteraksi bersama peminat.

Malah, Iqbal juga turut masuk ke live IG itu dengan muka masam dan langsung tidak bersuara. Namun lebih menjadi perhatian adalah komen yang ditinggalkan Iqbal.

Apa maksud Iqbal ‘sentuh’ Vida tu??

Apa yang mengejutkan dan membuatkan warganet tertanya-tanya apabila Iqbal mengatakan Vida merupakan wanita pertama dan yang terakhir disentuh.

” DSV perempuan pertama dan terakhir yang saya sentuh. Sebab itu saya fikir untuk berkahwin. Kalian fikir sebab harta, tapi DSV tak tunjukkan keseriusan..” komen Iqbal

Ujarnya disebabkan itu juga dia mahu berkahwin dengan Vida, bukan kerana harta seperti yang did4kwa netizen.

Seperti sudah dijangka, komen Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mengenai komen tersebut apatah lagi kenyataan itu boleh mengundang f1tnah.

Rata-rata komen warganet juga bertanyakan apa yang Iqbal maksudkan ‘Vida wanita pertama dan terakhir disentuh’.

” Dia tidur ke sentuh tangan jer? Macam tak betul ker ayat Iqbal tuh.. katanya sentuh pertama dan terakhir..” komen Wanie

” Alaa korang fikir la positif sikit mungkin dia sentuh tangan kot..”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:komen Mikeya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Hampir Pit4m” Selepas ‘Disentvh’ Iqbal, Vida Dedah Apa Yg Berl4ku Kepada Dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*