“PM Paling Semp0i” – Berb0rak Dengan 2 Kanak-Kanak Di P0ndok R&R, Netizen Puji Sikap Ismail Sabri

DALAM kesibukan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih sempat meluangkan masa untuk menyantuni rakyat.

Terbaharu, perkongsian video menerusi Instagram yang memaparkan pertemuan mesra antara Ismail Sabri dengan dua kanak-kanak bersama bapa mereka di sebuah pondok di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lekas mencuri tumpuan ramai.

“Ternampak dua anak kecil ini sedang makan nasi lemak bersama bapa mereka di R&R Lekas.

“Teruja melihat telatah mereka yang comel dan petah berkata-kata,” ujar Ismail Sabri menerusi Instagram, Sabtu.

Dalam video itu, Ismail Sabri yang sedang berjalan sempat berhenti di pondok itu sebelum duduk dan berborak santai dengan keluarga tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)


Malah, bapa kepada dua kanak-kanak itu turut mengambil peluang merakam gambar kenangan mereka bersama Ismail Sabri dalam pertemuan singkat itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji sikap prihatin Ismail Sabri yang disifatkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

“Datuk selalu turun padang. Best Perdana Menteri macam ni.

“Perdana Menteri macam ni la yang rakyat suka. Mesra rakyat, ambil tahu masalah rakyat.

“Perdana Menteri yang paling sempoi,” demikian antara komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:https://www.mstar.com.my

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“PM Paling Semp0i” – Berb0rak Dengan 2 Kanak-Kanak Di P0ndok R&R, Netizen Puji Sikap Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*