Ramai Tertanya2 Dan Akhirnya Ini Komen Siti Saleha Lepas Fail Percer4ian

TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba berita kurang enak mula menyapa. Ibarat disangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan tengah hari.

Begitulah yang terjadi kepada aktres Siti Saleha apabila rumah tangganya berhadapan m4salah.

Terbaharu Siti Saleha selaku plaintif hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes pencer4iannya.

Prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira pukul 10 pagi turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35.

Perkongsian Siti Saleha di Instagram pada 24 Mac lalu.

Kisah masalah rumah tangga Siti Saleha Mohd Baharum, 31, ini agak mengejutkan apabila aktres itu sendiri sebelum ini tidak pernah berkongsi tentang hal peribadinya secara terbuka di media sosial mahupun kepada media.

Bagaimanapun hasil tinjauan mStar di Instagram mendapati kali terakhir Siti Saleha berkongsi foto mesra bersama suami adalah pada 24 Mac lalu.

Pada tarikh berkenaan Siti Saleha memuat naik foto di dua posting berasingan bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.

Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

“It’s your birthday bubbaboo. I pray Allah bless you always and grant everything you wish for. I love you too much. (Saya berdoa agar Allah sentiasa memberkati anda dan mengabulkan semua yang anda mahukan. Saya terlalu sayangkan awak),” tulis Siti Saleha pada posting berkenaan.

Untuk rekod Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017.

Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

Enggan dedah butiran lanjut
Siti Saleha memfailkan permohonan cer4i dengan suaminya, Ahmad Lufti Azhar di Mahkamah Rendah Syariah Klang, hari ini.

Pelakon ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut.

“Saya failkan cer4i atas kebenaran mahkamah. Belum cer4i lagi. Harap tidak keliru.

“Tu saja boleh komen. Terima kasih,” katanya ringkas.

Pemilik nama penuh Siti Saleha Mohd Baharum itu tidak mendedahkan alasan utama mengapa dia nekad untuk meninggalkan Ahmad Lutfi selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Prosiding dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira jam 10 pagi.

Ahmad Lutfi Azhar, 35 turut hadir prosiding berkenaan.

Aktres itu jarang berkongsi perihal rumah tangganya kepada umum.

Hasil semakan di Instagram mendapati, hingga kini, Siti Saleha, 31, belum memadam gambar-gambarnya bersama suami.

Kali terakhir aktres itu berkongsi gambar mereka bersama adalah pada 24 Mac lalu bersempena hari ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-35.

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 namun mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Kecoh Ape

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Ramai Tertanya2 Dan Akhirnya Ini Komen Siti Saleha Lepas Fail Percer4ian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*