“Betul ke belvm m0ve 0n?” – Lih4t apa pula respon Intan Saleh

Pada hari semalam Intan Saleh menjadi perhatian pengikut di applikasi TikTok gara-gara memuatnaik satu video yang seakan-akan memerli golongan wanita yang merampas pasangan orang lain.

Kini video yang mencecah jumlah tontonan lebih ratusan ribu itu mendapat respon pelbagai pihak. Ada yang mengatakan dia belum move on dari apa yang berlaku sebelum ini.

“Kau cantik? Rampas hak orang tak? Rampas? Lemah!,” antara dialognya.

Video itu seolah-olah ingin ditujukan kepada isteri bekas suaminya, Ude Wahid iaitu pelakon Izreen Azminda.

“Sudah-sudah lah. Kan kat Melodi dah minta maaf. Pergi buat benda-benda macam ni nampak sangat ujian rumah tangga dulu tu sebenarnya nak ajar kamu yang sama-sama lemah,” komen salah seorang netizen.

“Tak payah nak bitter sangat, itu just content… just nk berhibur, kalau tak suka scroll laju-laju.

“Kat melodi dah minta maaf siapa yang minta maaf?

“Ujian rumah tangga tu betul kita semua ada ujian berbeza untuk melaluinya,” katanya.

Menariknya, menerusi rancangan TV popular Melodi sebelum ini, kelihatan Intan dan Izreen dijemput sebagai tetamu dan kecoh apabila Intan mengatakan dia tidak diberitahu ada temubual bersama Izreen pada hari rakaman. Intan menganggap permohonan maaf Izreen azminda di luar jangkaanya, namun bukan mudah untuknya melupakan sesuatu yang cukup menyakitkan.

Terdahulu dunia hiburan gempar apabila Intan Saleh menjadi perhatian dan mendapat simpati ramai pihak kerana suaminya mengahwini pelakon Izreen Azminda pada 8 ogos 2017. Mereka dikurniakan dua cahaya mata bersama dan menerusi perkahwinan pertamanya, Izreen dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Adrian Umar.

Intan pernah berkahwin dengan Ude pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 5, serta ariq Muqri, 3 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Trending sangat

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Betul ke belvm m0ve 0n?” – Lih4t apa pula respon Intan Saleh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*