Empayar Ratus Juta, Netizen Kagvm PU Riz Dan Neelofa P4kai Kasut Skechers Sahaja

Bulan lalu, foto selebriti popular Neelofa menjadi perhatian ramai apabila dilihat sering memegang perut bahagian perutnya ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban.

Biarpun sudah beberapa kali dakwaan netizen mengatakan bekas pengacara MeleTOP itu hamil, namun masih tiada sebarang kenyataan daripada tuan badan sendiri.

Baru-baru ini, perkongsian seorang netizen menjadi perhatian ramai apabila menaiki satu pesawat dengan Neelofa dan suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz menuju ke Langkawi.

Menerusi entri tersebut, netizen berkenaan meluahkan rasa kagum dengan pasangan itu yang hanya memakai kasut jenama Skechers sahaja seperti orang kebanyakan meskipun memiliki empayar perniagaan menjana jutaan ringgit setahun.

Kata netizen itu lagi, pasangan itu juga turut memilih kasut jenama berkenaan yang lebih praktikal dan selesa ketika berjalan.

Netizen itu turut mendakwa meskipun Neelofa tengah sarat hamil namun tetap melayan peminat dengan ramah dan seorang yang rendah diri.

Dalam pada itu, netizen turut memuji selebriti itu meskipun sering dikecam di media sosial namun tetap tenang meneruskan kehidupan seperti biasa.

Hasil tinjauan di Instagram, Neelofa dan PU Riz kini berada di Langkawi. Neelofa turut berkongsikan gambar duduk di buaian sambil menikmati pemandangan pantai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Empayar Ratus Juta, Netizen Kagvm PU Riz Dan Neelofa P4kai Kasut Skechers Sahaja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*