“Kita Bvkan Buat Jen4yah” – Mahu ‘Sus4hkan’ Kehidvpan Anti-V4ksin, Zul Yahya Dan Rita Rudaini T4mpil Bersuara!

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam membuat satu kenyataan yang agak mengejutkan apabila mahu mengambil pendekatan untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang menolak vaksin.

Tindakan itu dipercayai antara sebahagian komitmen kerajaan untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin.

Biarpun disambut baik oleh hampir semua masyarakat, namun kenyataan itu juga turun mengundang rasa tidak puas hati oleh sesetengah pihak termasuklah beberapa selebriti terkenal.

Antara yang kelihatan menyuarakan pandangan mereka adalah pelakon Zul Yahya dan Rita Rudaini.

Menerusi satu hantaran di Instagram Zul Yahya, keputusan kerajaan itu dianggap seolah menyekat kebebasan umat untuk hidup dengan baik.

“Ramai ahli keluarga aku, sahabat aku yang ambil vaksin dan juga yang tak ambil vaksin tapi tidak ada jurang permisah antara kami.

“Tidak ada siapa yang lebih atau pun yang kurang, kami masih berkasih sayang kerana Islam itu ada di dalam diri kami. Masing-masing berikhtiar untuk hidup baik,” katanya.

Jelasnya, tidak sampai 10 peratus golongan yang tidak mengambil vaksin dan mereka bukan penjenayah atau pun pengganas.

“Mereka juga ada dalam kalangan oang alim dan mereka juga banyak membantu negara dan rakyat. Jangan terlalu sombong dengan keputusan kamu hingga menyekat kebebasan umat untuk hidup dengan baik,” katanya.

Sementara itu, aktres Rita Rudaini turut berpandangan yang sama.

Menurut Rita, dia menyuarakan pendapatnya tentang vaksin kerana itu adalah haknya sebagai rakyat.

“Ya saya ‘prosafe’ pun tak ada hak. So antivaksin ke, ‘prosafe’ ke, saya menyuarakan hak sebagai rakyat yang bayar tax, cukai pintu dan macam-macam lagi.
“Takkanlah bersuara pasal hak pun dikatakan melawan kerajaan, kita bukan buat jenayah apatah lagi menghasut,” katanya.

Sekadar info, Khairy turut menjelaskan kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.

“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.

“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Kita Bvkan Buat Jen4yah” – Mahu ‘Sus4hkan’ Kehidvpan Anti-V4ksin, Zul Yahya Dan Rita Rudaini T4mpil Bersuara!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*