“Pu4k Antiv4ksin Dengan Dajj4l Dah Ti4da Beza” – Netizen Sel4r ‘D4kyah Ses4t’ Pu4k Antiv4ksin Tvduh KJ Pak4i T4ngkal, Gvna Sy4itan

Sejak kebelakangan ini, pelbagai usaha ‘dakyah’ yang disebarkan oleh kelompok antivaksin. Baik di media sosial mahupun platform komunikasi seperti Whatsapp dan Telegram, bermacam cara mereka lakukan untuk menghasut orang ramai. Hal ini bukan sahaja melibatkan rakyat biasa dan artis, malah, menteri juga menjadi sasaran.

Menerusi laman Instagram, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkongsi dua paparan tangkap layar platform antivaksin di Telegram yang dilihat cuba untuk memfitnah dirinya.

Situasi ini didakwa terjadi rentetan kenyataan Khairy baru-baru ini yang menyifatkan kerajaan mahu menyusahkan hidup mereka yang enggan mengambil suntikan vaksin.

Perkongsian KJ itu turut mendapat maklumbalas oleh orang ramai khususnya pengguna di Twitter.

“KJ baru ugut nak susahkan antivaksin, dah keluar kenyataan ada empat jin. Kalau dia betul-betul, mahu KJ dia kata ketua jin,” kongsi seorang pengguna Twitter.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menyamakan kelompok antivaksin ini dengan Dajjal.

“Puak antivaksin dengan Dajjal sudah tiada beza. Dua-dua menyebar dan menyampaikan fitnah. Mungkin antivaksin ini sebenarnya agenda Dajjal. Jadi ejen penyampai fitnah,” kata seorang lagi pengguna.

Selain itu juga, ada yang tidak dapat menghadam mesej-mesej yang dikongsikan oleh kelompok antivaksin menerusi platform Telegram berkenaan.

“Saya tidak tahulah antivaksin ni main-main atau mereka memang bodoh,” luah seorang lagi netizen.
Terdahulu, Khairy berkata, kelompok antivaksin berkemungkinan terpaksa berdepan dengan kehidupan yang sukar kerana tidak akan dibernarkan menikmati kemudahan dan kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi secara berterusan.

Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan akan ‘menyusahkan’ kelompok berkenaan yang terus enggan divaksin tanpa sebab yang dibenarkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Pu4k Antiv4ksin Dengan Dajj4l Dah Ti4da Beza” – Netizen Sel4r ‘D4kyah Ses4t’ Pu4k Antiv4ksin Tvduh KJ Pak4i T4ngkal, Gvna Sy4itan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*