“M4lu S4mpai Esok…” Gelagat Budak K4ntoi Nyanyi Lagu Iklan Adabi Di Tingkap Cuit H4ti Netizen!

Siapa sahaja pasti cukup kenal dengan lagu iklan Adabi yang cukup nostalgia dengan rakyat Malaysia kan. Bahkan tidak kira golongan usia, ramai yang cukup kenal dengan lagu iklan ini. Baru-baru ini, gelagat seorang budak perempuan yang k4ntoi menyanyi lagu tersebut berjaya mencuit hati netizen.

Semuanya gara-gara kelakuannya itu yang kantoi didengari oleh mereka yang berada di luar rumah itu. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ia hampir meraih sejuta tontonan setakat ini di mana netizen turut berdekah melihat reaksinya ini.

Hahaha Feel rumah kampung last orang usha 😂😂😂

♬ nhạc nền – TrungBau1992

@kameliakasa

Hahaha Feel rumah kampung last orang usha 😂😂😂

♬ nhạc nền – TrungBau1992

Di dalam video yang dikongsikan ini, budak perempuan itu dilihat berdiri di hadapan sebuah tingkap dan kononnya ingin melakonkan semula babak dari iklan tersebut. Dia kemudiannya membuka tingkap itu sambil menyanyikan lagu iklan Adabi yang cukup terkenal itu.

Namun malangnya belum sempat dia menghabiskan lagu itu, dia kembali menutup semula tingkap itu dalam keadaan tergesa-gesa. Rupa-rupanya, gelagatnya itu k4ntoi diperhatikan oleh seorang pak cik yang berada di luar rumah itu.

Dek kerana malu dengan apa yang terjadi, budak perempuan itu kemudian turut menutup langsir di tingkap tersebut. Melihatkan gelagatnya itu, keluarganya yang sedang memerhatikan situasi itu turut berdek4h melihat reaksi malu dari budak perempuan itu.

Di ruangan komen, netizen juga turut terhibur melihat cubaan budak perempuan itu menyanyikan semula lagu dari iklan Adabi itu. Ada juga yang berseloroh pastinya dia berasa malu dengan apa yang terjadi terutamanya apabila ada penonton yang melihatnya di luar.

“Baru nak feel iklan Adabi. Eh, ada orang pulak.”

“Mesti dia punya malu sampai esok.”

“Bagus adik dia cepat-cepat tolong tarik langsir cover tingkap.”

“Feeling betul dia menyanyi lagu adabi.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:HCL

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“M4lu S4mpai Esok…” Gelagat Budak K4ntoi Nyanyi Lagu Iklan Adabi Di Tingkap Cuit H4ti Netizen!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*