“Kebaikan Buat Saya Dibal4s Cash”- Suami Mira Filzah Pernah ‘Terper4ngkɑp’ Dal4m Taman Syurga Raudhah

Suami kepada pelakon cantik Mira Filzah, Wan Emir Astar mendedahkan dirinya pernah terper4ngkap dalam taman surga Raudhah bersebelahan makam Rasulullah S.A.W ketika mengerjakan ibadah di Masjid Nabawi, Madinah.

Kongsinya, perancangan awal untuk solat malam di Raudhah menjadi lebih panjang hingga ke Subuh ekoran situasi terbabit.

“Suka saya berkongsi semula kisah ini, di mana perancangan awal saya untuk solat malam di Raudhah biarpun sekejap, tukar menjadi berjam-jam lamanya akibat ‘terper4ngkap’ di dalamnya.

“Pada asalnya, saya sedang melaksanakan ibadah saya dan kelihatan ramai yang menunggu peluang mereka untuk mengambil tempat saya.

“Sedar dengan situasti itu, saya berniat untuk memberi peluang kepada orang lain untuk mengambil tempat saya dalam saf dan beredar keluar daripada kawasan Raudhah.

“Dengan kuasa Allah SWT, perjalanan saya untuk keluar dari situ dihalang dengan kuatnya oleh barisan-barisan saf di hadapan saya, membuatkan saya terperangkap dalam ‘Taman Syurga’ sehingga Solat Subuh.

“Erti lain, menjadi kebaikan buat saya dengan serta merta, dibalas ‘cash’. Bersandarkan tiang Raudhah itu, saya cuba manfaatkan setiap saat dengan beramal sehingga masuk waktu Solat Subuh, dan teristimewanya adalah tiang itu antara yang berdekatan dengan Rasulullah kekasih Allah SWT.. Syukur Alhamdulillah,” kongsinya.

Tambah Wan Emir lagi, peristiwa itu menjadi sebahagian daripada momen paling istimewa ketika berada di Tanah Harɑm.

“Ya, sebolehnya kita semua hendak berada di tempat seistimewa Raudhah dengan lebih lama, ataupun memiliki sesuatu yang cukup berharga kepada kita, tetapi jika kita berkongsi/memberi sesuatu kepada saudara kita seperti mana yang kita mahukan buat diri kita, maka itulah yang sebaik-baiknya.

“Syukur ya Allah atas petunjukmu dan menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola yang sebenar-benarnya buat kita semua.

“Moga perkongsian peristiwa ini dapat mendekatkan kita dengan sunnah dan tauladan Rasulullah, pemilik sebaik-baik akhlɑk untuk kita jadikan ikutan dan panduan hingga akh1r zɑman. Dan semoga setiap daripada kita bakal menjadi tetamu Allah SWT di tanah-tanah suci Nya, aamin YRA,” tambahnya.

Sudut Raudhah merupakan tempat sangat mulia di dalam Masjid Nabawi dan sesiapa yang berpeluang menjejakkan kaki ke dalam masjid itu akan berusaha untuk solat dan berdoa di dalamnya.

Raudhah antara tempat doa dimakbulkan dan mengikut sejarah merupakan salah satu tempat Rasulullah S.A.W dan sahabat beribadah dan tempat diturunkan wahyu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Kebaikan Buat Saya Dibal4s Cash”- Suami Mira Filzah Pernah ‘Terper4ngkɑp’ Dal4m Taman Syurga Raudhah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*