Hafiz Hamidun Sudah Pvtus Dengan Kek4sih Seber4ng

Penyanyi dan komposer terkenal, Hafiz Hamidun mendedahkan hubungannya dengan seorang selebriti media sosial Indonesia sudah pun berakhir.

Hafiz berkata hubungannya dengan wanita berstatus janda yang dikenali sejak 2019 itu tidak dapat diteruskan kerana sukar memberi komitmen hubungan jarak jauh.

“Hubungan dengan orang seberang sudah terputus. Disebabkan Covid-19, membataskan saya untuk bertemu dengan sesiapa. Jadi, komitmen terhadap hubungan jarak jauh tidak boleh diteruskan.

“Susah sebenarnya, adalah lebih baik saya fokus kepada kerjaya dan keluarga kecil saya sekarang,” katanya.

Tidak serik dan terbuka andai dipertemukan dengan mana-mana wanita, bagaimanapun Hafiz berkata ada syarat ditetapkan buat bakal isterinya harus menerima anak angkatnya, Hamdee Abdul Hafiz kini berusia setahun lebih.

“Sekarang bukan terima saya sahaja, tetapi Hamdee juga. Harus tahu Hamdee lahir dan membesar dalam keadaan yang bagaimana kerana dia mempunyai sejarah tersendiri.

“Keluarga saya sudah tentu mengenalinya daripada kecil, kalau ada orang mahu berkahwin dengan saya, mana tahu kalau ada jodoh, dia (wanita ) memang kene terima bukan saja saya, keluarga, tetapi paling penting Hamdee,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Hafiz Hamidun Sudah Pvtus Dengan Kek4sih Seber4ng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*