Terlalu Svbur, Kak KM Nak Tutvp Kilang Lepas L4hirkan An4k Keempat

Mengadakan majlis baby shower baru-baru ini, ushawahan sensasi Kak KM tidak sabar menantikan kelahiran anak keempatnya iaitu bayi perempuan.

Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata ini merupakan cahaya mata terakhirnya apatah lagi doktor sudah menasihatkan usianya tidak sesuai lagi untuk hamil.

“InsyaAllah pertengahan bulan Disember annti lahirlah anak keempat saya ini. Ini anak terakhir, cukuplah tak mahu tambah lagi sebab doktor pun dah nasihat umur dah lebih 40 tahun tak sesuai mengandung lagi.

“Lepas lahir anak ni saya kena buat sesuatu sebab saya ni jenis subur, cepat lekat..apa pun anak last ini cukup istimewa kerana ia terhasil semasa jadi Kak KM, berbeza dengan anak sebelum ini saya adalah Liana Rosli,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM berharap anak keempatnya itu bakal memiliki minat yang sama sepertinya terutama dalam bidang perniagaan.

“Saya mengandungkan anak keempat ni dalam keadaan bisnes maju, jadi saya harap boleh ajar dia buat bisnes dan mungkian ada produk untuk dia nanti.

“Sama ada dia akan ikut cara saya itu atau tak pastilah, tapi kalau boleh bergelak macam mak dia apa salahnya kan?” katanya.

Tampil seksi di majlis tersebut, seperti sudah dijangka pakaiannya mengundang kecaman netizen, bagaimanapun Kak KM meluahkan rasa syukur kerana ianya rezeki buat dirinya.

“Alhamdulillah la kalau ada yang kecam, rezeki masuk lagi…tak kisahlah orang nak kata apa sebab kita ikut tema.

“Kalau pergi orang kahwin kita pakai baju ke tempat orang kahwin, pergi kolam renang kita pakai baju berenang, mestilah ada tema. Ada saja yang tak kena,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Terlalu Svbur, Kak KM Nak Tutvp Kilang Lepas L4hirkan An4k Keempat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*