Baru Saja Nikah, Fizo Omar Ded4h Ada 0rang Ambil Kesempatan Atas Nama Isterinya

Kuala Lumpur: Tidak sampai 24 jam selepas akaun Instagram rasmi isteri pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri Azrai diwujudkan, sudah banyak akaun palsu menggunakan nama dan gambar isterinya digunakan pihak tdak bertanggungjawab.

Fizo, 36, atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar menerusi hantaran di Instagram Story meminta peminat supaya tidak mengikuti akaun yang tidak diketahui pemiliknya selain memberiAmaran kepada individu yang tdak bertanggungjawab berhenti menggunakan nama orang lain demi kepentingan sendiri.

“Ini bukan Instagram rasmi isteri saya. Berhenti mengikuti individu yang entah siapa-siapa. Kepada yang berkenaan berhenti gunakan nama orang lain utk kepentingan peribadi!,” katanya.

Tindakan Fizo membuat penjelasan itu sekali gus menghentikan kekeliruan ramai pihak susulan kewujudan beberapa akaun yang berkongsi detik hari pernikahan mereka sejak semalam.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, pengurus kepada Fizo iaitu Mimi mengesahkan pelakon itu mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya yang berusia 25 tahun itu di sebuah resort di Janda Baik, Pahang, kelmarin.

Majlis itu diadakan secara tertutup pada jam 10 pagi membabitkan keluarga kedua belah pihak.

Dalam pada itu, Mimi turut memohon kepada sesiapa yang menyebarkan akaun media sosial palsu Fazeera supaya berhenti berbuat demikian bagi mengelakkan kekeliruan.

Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013. Bagaimanapun keduanya berpisah pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Hmetro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Baru Saja Nikah, Fizo Omar Ded4h Ada 0rang Ambil Kesempatan Atas Nama Isterinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*