“Pagi2 Dah S1Buk Di Dapur..” Sebulan Bergelar Isteri Yusuf, Zizi Mula Lvah Sesuatu!

GENAP sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Zizi Kirana berkata dia bahagia melayari alam perkahwinan bersama suami yang juga pelakon Yusuf Bahrin.

Menurut Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, aktiviti hariannya berubah selepas berkahwin kerana perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Sekejap sahaja dah sebulan kami berkahwin, sejujurnya memang seronok. Sebelum ini urus diri sendiri saja, sekarang ni kena buat semua kerja berdua, dah jadi rutin sediakan bekal makanan untuk Yusuf. Pagi-pagi dah sibuk di dapur.

“Alhamdulillah Yusuf tak cerewet tentang makanan, apa sahaja yang saya masak dia makan. Lagipun dia makan makanan diet, tak susah nak sediakan. Ada hari yang saya sibuk dan perlu bergegas untuk bekerja, dia pula yang masak.

“Sebelum ini kami hanya saling mengenali menerusi video call, bila dah kahwin baru saya tahu Yusuf ni rajin orangnya. Kalau saya kerja dan dia pula cuti, dia akan selesaikan semua kerja rumah,” katanya kepada mStar.

Sekarang ini pun tengah intai-intai travel agensi yang boleh uruskan dengan cepat!

ZIZI KIRANA

PENYANYI

Zizi dan Yusuf Bahrin, 29, dengan sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 19 September lalu.

Pernah meluahkan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah selepas disatukan sebagai suami isteri, penyanyi lagu Eh ini memberitahu dia sedang mencari waktu sesuai untuk merealisasikan impiannya itu.

Zizi dan Yusuf lakukan kerja rumah bersama-sama.

“Alhamdulillah seronok dengar dah boleh buat umrah, memang ada perancangan nak pergi… sekarang ini pun tengah intai-intai travel agensi yang boleh uruskan dengan cepat.

“Bestnya kalau dapat pergi umrah dalam masa terdekat ni… InsyaAllah kalau ada rezeki, kami pasti akan ke sana juga.

“Apa-apa pun kami mahu selesaikan dahulu kerja di sini, Yusuf pun tengah sibuk dengan penggambaran sehingga Disember depan… bila dah selesai semua tu barulah boleh buat umrah,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Pagi2 Dah S1Buk Di Dapur..” Sebulan Bergelar Isteri Yusuf, Zizi Mula Lvah Sesuatu!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*