“Manisnya…Tak Jemu Lihat Fizo Omar Dan Isteri”Netizen

Sedia maklum pelakon dan usahawan, Fizo Omar selamat mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hatinya, Fazeera Nazri Aziz.

Berita gembira itu mengundang peminat turut sama tumpang gembira melihat kebahagiaan pelakon ini apabila pasangan bagai pinang dibelah dua ini tidak henti-henti mencuri tumpuan umum.

Terbaharu menerusi ruangan TikTok, nampaknya detik manis disaat Fizo Omar disatukan bersama isteri itu yang dipaparkan melalui satu rakaman video pula menarik perhatian ramai di aplikasi tersebut.

Kelihatan menerusi video, Fizo Omar bersama isteri lengkap berbusana serba putih dan begitu bahagia merakamkan detik istimewa itu bersama anak, Wan Maryam yang kini berusia 4 tahun serta diraikan dengan ahli keluarga.

Walau bagaimanapun, dalam pada masa yang sama sekali lagi kecantikan isteri pelakon ini menerima pujian netizen menerusi perkongsian itu apabila hantaran video itu juga meraih ribuan tanda suka.

Video Player

Tak kurang juga, ruangan komen turut dihujani dengan bermacam-macam reaksi terhadap Fizo Omar dan gadis pilihan hatinya itu yang mana difahamkan seorang bekas pramugari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)


“Cantiknya bini Abe Joe. Semoga kekal sampai syurga”

“Sama cantik, sama padan moga sampai syurga dan dan dapat anak yang soleh dan solehah”

“Manisnya wife Fizo. Semoga berbahagia…”

“Tak puas tengok…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:HCL

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Manisnya…Tak Jemu Lihat Fizo Omar Dan Isteri”Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*