“Melayu Dengk1 Melayu, Sebab Tu Melayu Tak Maju” – Sajat N4ik Ang1n Bila Netizen Doakannya Kembali Ke Pangkal Jalan

Umum mengetahui selebriti media sosial dan usahawan Nur Sajat kini menetap di Australia selepas ‘lari’ daripada diburu oleh pihak berkuasa Malaysia.

Sejak berada di sana, Sajat sering bersiaran langsung di platform media sosial seperti TikTok dan Instagram untuk berkongsi pengalamannya bergelar penduduk tetap bumi kangaru itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nursajat (@nursajatkamaruzzaman)


Menerusi hantaran Instagram terbaharu yang merupakan gambar throwback, Sajat memuat naik gambarnya yang sedang menjamu selera di sebuah restoran di Bangkok. Menerusi ruangan kapsyen, Sajat menulis: “Date with someone who once safe my life. Thank you so much,” tulisnya.

Sungguhpun hantaran tersebut tidak mempunyai sebarang elemen provokasi, namun, ramai dalam kalangan netizen yang meninggalkan komen di bawah gambar berkenaan dan meminta Sajat untuk mengenang kembali kesalahan dan kembali ke pangkal jalan.

Seorang netizen meninggalkan komen berbunyi: “Semoga Allah buka pintu hati mu kembali ke pangkal jalan Sajat. Amin,” tulis netizen berkenaan.

Bagaimanapun, Sajat kemudian membalas: “No way,” tegasnya.

Tidak habis di situ, Sajat kemudian menyifatkan golongan Melayu yang sinonim dengan perangai dengki antara satu dengan lain.

“Memang tu lah selalu terjadi.. Melayu dengki Melayu. Sebab tu Melayu tak maju. Kalau orang Melayu buka perniagaan, bab-bab santau ini kasi jer kat Melayu. Mereka ada perasaan dengki tu. Entahlah, zaman makin berubah pun tetap ada Melayu macam ni,” respons Sajat.

Melihat pada situasi tersebut, seorang pengguna Instagram turut meninggalkan komen dengan menyifatkan tidak semua Melayu berperangai serupa.

“Ramai ja Melayu yang elok, yang pi layan netizen tu kenapa? Bukan salah Melayu, bukan salah Malaysia… Bukan juga salah ibu mengandung… relax ah,” katanya.

Sajat yang diburu oleh pihak berkuasa mengesahkan dirinya sudah berada di Australia pada 18 Oktober lalu.

Difahamkan, dia kini sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia, dan sudahpun secara rasmi berhijrah ke sana dengan bantuan Kerajaan Australia, ketika bersiaran langsung di platform media sosial miliknya.

Sebelum ini, Sajat ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara itu, selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan maklumat mengenai keberadaan usahawan dalam buruan berkenaan yang lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.

Ketika ditahan, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok dan memaklumkan dia akan berhijrah ke Australia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Melayu Dengk1 Melayu, Sebab Tu Melayu Tak Maju” – Sajat N4ik Ang1n Bila Netizen Doakannya Kembali Ke Pangkal Jalan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*